PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2001/612
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 is Malaysia Act, cited as Act 612 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah terpakai bagi kelas majikan dalam industri yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kontrak perantisan” ertinya sesuatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan seorang majikan yang mengaku janji untuk mengambil kerja orang itu dan melatih atau menyebabkannya dilatih secara sistematik bagi sesuatu pekerjaan selama suatu tempoh tertentu yang diluluskan oleh Ketua Eksekutif yang dalam perjalanan latihan itu perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu;
“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, yang melaluinya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja, dan termasuk sesuatu kontrak perantisan;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan
Sumber Manusia yang ditubuhkan di bawah seksyen 22;
“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Perbadanan;
“levi” ertinya levi pembangunan sumber manusia yang dikenakan di bawah seksyen 14 atau 15;
“majikan” ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai seorang pekerja, dan termasuk ejen, pengurus atau wakil perniagaan bagi orang yang mula-mula disebut itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen 28;
“Pegawai Penjaga” ertinya Pegawai Penjaga yang dilantik oleh
Menteri di bawah seksyen 28;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 9
“pekerja” ertinya mana-mana warganegara Malaysia yang diambil kerja dengan mendapat upah di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan, tetapi tidak termasuk mana-mana orang gaji rumah tangga;
“pelatih” ertinya seseorang yang sedang menjalani program latihan amali di premis seseorang majikan;
“penyedia latihan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain yang terlibat dalam latihan atau pembangunan sumber manusia;
“perantis” ertinya seseorang yang sedang menjalani latihan kemahiran dalam sesuatu bidang melalui kontrak perantisan dengan seseorang majikan dan terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu;
“Perbadanan” ertinya Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang disebut dalam seksyen 3;
“persatuan majikan” ertinya mana-mana persatuan majikan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan majikan dan yang anggotanya atau mana-mana daripada anggotanya berdaftar dengan Perbadanan;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(3);
“upah” ertinya gaji pokok dan elaun tetap atau emolumen lain yang serupa jenisnya yang dibayar secara tunai oleh atau bagi pihak seseorang majikan kepada seseorang pekerja, dan termasuk apa-apa bayaran cuti dan tunggakan upah tetapi tidak termasuk—
apa-apa caruman yang dibayar oleh seseorang majikan bagi pihak dirinya sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim persaraan, skim pemberhentian, penamatan, pelepasan atau pembersaraan pekerja, skim penjimatan atau apa-apa kumpulan wang atau skim lain yang ditubuhkan bagi faedah atau kebajikan pekerja;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada pekerja untuk membiayai perbelanjaan khas yang diperlukannya disebabkan oleh jenis pekerjaannya;
apa-apa elaun yang dibayar kepada seseorang perantis di bawah kontrak perantisan;
“upah bulanan” ertinya upah yang dibayar oleh seseorang majikan kepada seseorang pekerja untuk keseluruhan atau sebahagian bulan pekerja itu bekerja dengan majikan itu.
Bahagian II
Matlamat utama Perbadanan
Matlamat utama Perbadanan yang diperbadankan di bawah
*Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dengan nama “Pembangunan
Sumber Manusia Berhad” ialah pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih dan penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang.
Fungsi Perbadanan
menilai dan menentukan jenis dan takat latihan dan latihan semula pekerja, perantis dan pelatih selaras dengan keperluan sumber manusia bagi industri;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 11
menentukan terma dan syarat yang atasnya apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain akan diberikan.
Kuasa Perbadanan
Tanpa menjejaskan kuasa Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Artikel Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi, atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang disebut terdahulu—
memungut dan mendapatkan atau menyebabkan supaya dipungut dan didapatkan semua wang yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang;
mengadakan garis panduan bagi pemprosesan permohonan kepada Kumpulan Wang untuk mendapatkan bantuan kewangan;
menentukan terma dan syarat bagi pembuatan pemberian atau pinjaman daripada Kumpulan Wang, termasuk amaun yang boleh diluluskan berkenaan dengan setiap permohonan;
menentukan kadar wang daripada Kumpulan Wang yang boleh digunakan bagi pemberian atau bagi pinjaman, termasuk kadar yang boleh diberikan dalam bentuk pemberian atau sebagai pinjaman berkenaan dengan setiap permohonan yang diluluskan;
menguruskan, mewujudkan, meningkatkan dan menyenggarakan, atau membantu dalam pengurusan, pewujudan, peningkatan dan penyenggaraan kemudahan latihan;
menguruskan dan menyelia, atau membantu dalam pengurusan dan penyeliaan, pelaksanaan kursus, projek dan program latihan;
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
memeriksa apa-apa rekod, akaun dan apa-apa dokumen lain berhubung dengan pemberian, pinjaman atau apa-apa faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana majikan untuk memastikan pemberian, pinjaman atau faedah lain itu digunakan bagi maksud ia diberikan;
mendapatkan apa-apa maklumat daripada majikan untuk memastikan sama ada mereka dikehendaki supaya mendaftar di bawah Akta ini;
mengambil kerja dan membayar ejen, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kuasanya atau dalam menjalankan kewajipannya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud-maksud Akta ini;
memberikan pinjaman atau membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya daripada Kumpulan Wang bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan;
memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada
Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana penyedia latihan yang pada pendapat Perbadanan dapat menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia;
memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada
Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana persatuan majikan untuk digunakan bagi pembangunan sumber manusia anggotanya;
menetapkan tatacara untuk diikuti dalam perkara yang berhubungan dengan kewangan dan akaun Kumpulan
Wang; dan
melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi pengurusan dan pentadbiran cekap Perbadanan dan Kumpulan Wang.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 13
Belanjawan
Perbadanan hendaklah, dalam setiap tahun kalendar, merangka suatu belanjawan yang menunjukkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang Perbadanan bercadang untuk menanggungnya sepanjang tahun yang berikutnya dan hendaklah mengemukakan suatu salinan belanjawan itu untuk kelulusan Menteri sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Menteri dan belanjawan itu hendaklah mengandungi peruntukan yang pada pendapat Perbadanan mencukupi untuk menjelaskan tanggungan yang ditanggung oleh Perbadanan dan bagi mengekalkan baki wang kerja.
Lembaga
tiga orang mewakili agensi Kerajaan dan sektor awam yang bertanggungjawab bagi pembangunan atau latihan tenaga manusia;
Menteri boleh, sebagai tambahan bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1), melantik dua orang lain yang pada pendapat
Menteri dapat memberikan sumbangan kepada kerja Perbadanan, untuk menjadi anggota Lembaga.
Menteri hendaklah melantik daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1) seorang Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi Perbadanan.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Orang yang dilantik menjadi Pengerusi hendaklah seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a).
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota
Lembaga.
Anggota silih ganti
Apabila menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.
Jawatankuasa
Sebagai tambahan kepada peruntukan yang terkandung dalam
Memorandum dan Artikel Persatuan, Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Lembaga atau orang yang bukan anggota Lembaga atau gabungan kedua-duanya untuk menasihati atau membantu Lembaga mengenai perkara yang berkenaan dengan fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut, dan Lembaga boleh mewakilkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang boleh dikenakannya, mana-mana fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut kepada mana-mana jawatankuasa itu.
Pemakaian Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan
Jika apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan Memorandum dan Artikel
Persatuan Perbadanan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan Memorandum dan Artikel Persatuan itu.
Penzahiran kepentingan
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 15
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan di dalam minit Lembaga atau jawatankuasa itu.
Apabila penzahiran di bawah subseksyen (1) dibuat, anggota itu—
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu; dan
tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga atau jawatankuasa itu, berhubung dengan perkara itu.
Seseorang anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tiada perbuatan atau prosiding Lembaga atau sesuatu jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa itu telah melanggar peruntukan seksyen ini.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Akaun
Dalam seksyen ini “juruaudit syarikat yang diluluskan”
mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 4 *Akta Syarikat 1965.
Bahagian III
Kewajipan majikan untuk mendaftar dengan Perbadanan
Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi seorang majikan di bawah Akta ini, dia hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari masa dia terhenti sedemikian, memberitahu Perbadanan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 17
Perbadanan hendaklah menyenggarakan suatu daftar kesemua majikan yang didaftarkan di bawah Akta ini, berserta dengan suatu rekod (termasuk cetakan komputer) apa-apa pembayaran yang dibuat.
Pengenaan levi
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengurangkan atau menaikkan kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Mana-mana majikan yang tidak membayar apa-apa levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dalam tempoh yang ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3)
tidaklah menjejaskan hak Perbadanan untuk mendapatkan amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah Akta ini oleh majikan.
Pengenaan levi bagi majikan yang memilih untuk didaftarkan
Apabila didaftarkan di bawah subseksyen (1), maka hendaklah dibayar oleh majikan itu suatu levi pembangunan sumber manusia berkenaan dengan setiap pekerjanya pada kadar 0.5 peratus daripada upah bulanan pekerja itu.
Sekiranya berlaku apa-apa keingkaran dalam pembayaran mana-mana levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), peruntukan subseksyen 14(3) dan (4) hendaklah terpakai.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (1) meningkat kepada lebih daripada bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam
Bahagian II
Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (4) menjadi kurang daripada bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual
Pertama, kadar levi hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja sehingga akhir tahun semasa.
Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (5) kekal di bawah bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama selepas tahun semasa, kadar levi hendaklah 0.5 peratus daripada upah bulanan setiap pekerja.
Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (6) meningkat kepada lebih daripada bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam
Bahagian II
Walau apa pun subseksyen (1), jika bilangan pekerja seseorang majikan yang baginya Akta ini terpakai menjadi kurang daripada sepuluh orang selama tiga bulan berturut-turut, majikan itu boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Perbadanan bagi pembatalan pendaftaran berserta dengan apa-apa dokumen berkaitan sebagai bukti keberkurangan itu.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 19
Pendaftaran semula majikan
Jika seseorang majikan telah dibatalkan pendaftarannya di bawah subseksyen (1) dan telah tidak didaftarkan semula dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembatalan pendaftaran, majikan itu hendaklah hilang kelayakan untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang layak diterima oleh majikan itu sebelum pembatalan pendaftarannya.
Faedah bagi levi yang kena dibayar tetapi tidak dibayar mengikut masa
Jika amaun faedah yang dikira mengikut subseksyen (1)
kurang daripada lima ringgit, faedah yang kena dibayar adalah lima ringgit berkenaan dengan setiap bulan atau sebahagian daripada sesuatu bulan berlaku keingkaran atau kelewatan dalam pembayaran.
Jika amaun faedah yang dikira mengikut subseksyen (1)
melebihi lima ringgit, faedah yang kena dibayar hendaklah dikira sehingga ke ringgit tertinggi yang paling hampir berkenaan dengan setiap bulan atau sebahagian daripada bulan berlaku keingkaran atau kelewatan dalam pembayaran.
Lembaga boleh, dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut, membatalkan keseluruhan atau sebahagian pembayaran apa-apa faedah yang kena dibayar di bawah seksyen ini.
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Pengecualian daripada levi
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan sepenuhnya atau sebahagiannya mana-mana majikan atau kelas majikan daripada pembayaran levi dalam apa-apa hal keadaan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu.
Syarat kelayakan
Tertakluk kepada seksyen 19, mana-mana anak syarikat majikan berdaftar yang kena didaftarkan di bawah Akta ini tetapi belum memulakan penjalanan perniagaannya hendaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatihnya.
Jika majikan itu terhenti daripada menjadi majikan di bawah Akta ini, majikan itu tidaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini.
Jika seseorang majikan telah memperoleh kepentingan seorang majikan lain yang didaftarkan di bawah subseksyen 13(1)
atau 15(1), majikan yang mula-mula disebut itu hendaklah menggantikan majikan yang lain itu dan adalah layak untuk menerima atau untuk terus menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pekerja, perantis dan pelatih majikan yang kepentingannya telah diperoleh.
Mana-mana majikan yang sedang menerima, atau yang layak untuk menerima, apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah hilang kelayakannya untuk menerima bantuan kewangan atau faedah lain itu jika dia ingkar membuat apa-apa pembayaran levi dan kehilangan kelayakan itu hendaklah kekal sehingga kesemua bayaran yang belum dijelaskan dan faedah atas bayaran itu telah dibayar sepenuhnya.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 21
Walau apa pun subseksyen (5), Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa budi bicara untuk memberikan bantuan kewangan atau faedah lain berhubung dengan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana penyedia latihan bagi apa-apa latihan yang dijalankan oleh penyedia latihan itu bagi majikan yang disebut dalam subseksyen (5) jika jumlah yang belum dibayar adalah berkenaan dengan faedah atas levi sahaja.
Walau apa pun subseksyen (5) dan (6), Lembaga boleh, atas permohonan bertulis kepada Perbadanan oleh mana-mana majikan yang disebut dalam subseksyen (5), membenarkan apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain diberi kepada majikan itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga.
Mana-mana penyedia latihan adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Mana-mana persatuan majikan yang pada pendapat
Perbadanan boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia anggotanya adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah
Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Kewajipan majikan untuk menyediakan dan menyimpan maklumat
Sebagai tambahan kepada daftar yang dikehendaki supaya disediakan dan disimpan oleh seseorang majikan di bawah Akta
Kerja 1955 [Akta 265], tiap-tiap majikan hendaklah menyimpan dokumen yang mengandungi apa-apa maklumat tentang pekerja dan upah, dan dokumen tersebut hendaklah disimpan selama suatu tempoh supaya tiap-tiap butiran yang direkodkan dalam dokumen itu adalah tersedia untuk pemeriksaan selama tempoh enam tahun selepas perekodan itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengurangkan atau menaikkan kadar levi yang dinyatakan dalam seksyen ini.
Pembatalan pendaftaran majikan
Bahagian IV
Penubuhan Kumpulan Wang
semua wang yang boleh didapatkan daripada pinjaman dan pemberian yang diberikan di bawah Akta ini;
semua wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, caj, faedah atas levi atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
apa-apa hadiah, derma, sumbangan atau apa-apa jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan daripada mana-mana sumber; dan
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
penggalakan, pembangunan dan peningkatan kemahiran pekerja, perantis dan pelatih termasuk penyediaan, pewujudan, pengembangan, peningkatan atau penyenggaraan kemudahan latihan;
pemberian bantuan kewangan kepada majikan dalam bentuk pemberian, pinjaman atau selainnya bagi maksud yang disebut dalam perenggan (a), termasuk pembayaran atau pensubsidian kos yang ditanggung oleh mana-mana majikan dalam melatih atau melatih semula pekerja, perantis dan pelatihnya;
penjalanan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, kegiatan atau projek untuk melatih atau melatih semula orang yang telah atau akan diberhentikan kerja;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 23
pembayaran apa-apa perbelanjaan yang ditanggung secara sah oleh Perbadanan termasuk apa-apa fi dan kos, saraan pegawai dan pekhidmat yang diambil kerja oleh Perbadanan, dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana anggota Lembaga atau Panel Pelaburan atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah
Akta ini;
pemberian bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pemberian kepada mana-mana penyedia latihan atau persatuan majikan sebagaimana yang dinyatakan masing-masing di bawah subseksyen 20(7) dan (8); dan
pada amnya, pembayaran apa-apa perbelanjaan bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini dan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang.
Perbadanan menjadi Pemegang Amanah Kumpulan Wang
Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang ke dalamnya hendaklah dibayar—
Wang.
Mendapatkan levi dan pinjaman
Apa-apa levi yang kena dibayar atau pinjaman yang diberikan di bawah Akta ini, berserta dengan apa-apa faedah atas levi atau pinjaman itu, hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada dan boleh didapatkan oleh Perbadanan.
Tidak menggunakan Kumpulan Wang
Jika seseorang majikan tidak membuat apa-apa tuntutan terhadap Kumpulan Wang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari tarikh pendaftarannya dengan
Perbadanan atau dari tarikh bantuan kewangan atau faedah lain yang terakhir diberikan oleh Perbadanan, majikan hendaklah hilang kelayakannya untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang tidak dituntut bagi tempoh itu.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Panel Pelaburan
Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada—
Pengerusi Lembaga atau orang yang sedang melaksanakan fungsi Pengerusi Lembaga, sebagai pengerusi;
dua orang lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan kewangan yang dilantik oleh Menteri.
Seseorang yang dilantik mengikut perenggan (2)(f) hendaklah berkhidmat bagi tempoh dua tahun dari tarikh pelantikannya.
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi anggota
Panel Pelaburan.
Kuasa untuk melabur
dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 25
dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang harga bagi syer dan debentur itu disebut di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; atau
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Panel Pelaburan.
Apa-apa pelaburan yang dibuat di bawah Akta ini boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan pembatalan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan dalam mana-mana sekuriti atau kelas sekuriti.
Panel Pelaburan hendaklah melaporkan status pelaburannya kepada Lembaga apabila Lembaga meminta Panel Pelaburan berbuat demikian.
Bagi maksud seksyen ini—
“debentur” termasuk saham, bon, nota atau apa-apa sekuriti atau obligasi lain syarikat, sama ada yang membentuk suatu gadaian ke atas aset syarikat ataupun tidak, dan juga termasuk hak untuk memohon beli apa-apa debentur;
“syer” ertinya syer berbayar (sama ada dibayar sepenuhnya ataupun tidak dibayar sepenuhnya) dalam modal syer syarikat dan termasuk saham dan hak untuk memohon beli apa-apa saham atau syer.
Bahagian V
Pegawai diberi kuasa
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai yang dikenali sebagai Pegawai Penjaga daripada kalangan pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1).
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Fungsi Pegawai Penjaga
Fungsi Pegawai Penjaga ialah—
memastikan bahawa Perbadanan melaksanakan tugasnya mengikut peruntukan Akta ini;
menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkannya dapat dilaksanakan; dan
apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;
apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau
apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Perwakilan kuasa
Perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Pegawai Penjaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang telah diwakilkan sedemikian.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 27
Pekhidmat awam
Semua pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah
Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pengemukaan kad kuasa
Seseorang pegawai diberi kuasa apabila bertindak di bawah Bahagian ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat apa-apa kad kuasa yang diarahkan oleh Menteri supaya dibawa oleh pegawai itu.
Kuasa pegawai diberi kuasa untuk meminta maklumat dan menaksir levi
memberi pegawai diberi kuasa itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir yang dinyatakan dalam notis itu;
dan
hadir sendiri di hadapan pegawai diberi kuasa itu dan mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menaksir apa-apa bayaran levi yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan pada maklumat yang ada jika majikan itu—
tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah
Akta ini; atau
tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini.
Penaksiran yang dibuat di bawah subseksyen (3) adalah menjadi bukti yang mencukupi bagi tuntutan Perbadanan untuk mendapatkan apa-apa levi di bawah seksyen 24.
Kuasa untuk memeriksa orang
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh enggan menjawab apa-apa soalan jika jawapan kepada apa-apa soalan itu berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu peruntukan subseksyen (2), (3) dan (4).
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 29
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kebolehterimaan pernyataan
Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan dalam pemeriksaan balas atau bagi maksud mencabar kebolehpercayaan orang yang membuat pernyataan itu—
jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan-alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa kelebihan atau mengelak daripada apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau 30
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”.
Walau apa pun subseksyen (2), pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberikan amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia telah tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
Seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas amaran yang disebut dalam subseksyen (2) telah diberikan kepadanya.
Kuasa untuk menggeledah dan menyita
Apabila ternyata pada seseorang Majistret berdasarkan maklumat, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh dengan waran mengarahkan mana-mana pegawai diberi kuasa supaya memasuki tempat itu, dengan kekerasan jika perlu, dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa keterangan sedemikian.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 31
Pegawai diberi kuasa itu boleh, apabila perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja dan masuk ke dalam tempat itu;
masuk dengan kekerasan ke dalam tempat itu dan tiap-tiap bahagian tempat itu;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya;
menahan mana-mana orang yang ditemui dalam tempat itu sehingga tempat itu selesai digeledah; atau
menyita apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa perkara berhubung dengan kesalahan itu.
Apabila didapati oleh mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada tersembunyi atau disimpan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang disyaki mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu dan pegawai itu mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah buku, akaun atau dokumen lain itu berkemungkinan dialihkan, pegawai diberi kuasa itu boleh menjalankan dalam dan berkenaan dengan tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (1) seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).
Walau apa pun subseksyen (1), (2) atau (4), pegawai diberi kuasa hendaklah mendapatkan keizinan bertulis Menteri sebelum memasuki, menyiasat dan memeriksa mana-mana tempat kerja di bawah seksyen ini.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Senarai benda yang disita
Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai suatu pernyataan, pengakuan atau pengakuan salah yang dibuat oleh majikan atau ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan penyiasatan tetapi hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.
Halangan penggeledahan, dsb.
Mana-mana orang yang—
menyerang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat kemasukan yang berhak dibuatnya di bawah
Akta ini, atau dalam pelaksanaan mana-mana kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
atau
tidak mematuhi apa-apa permintaan yang sah yang dibuat oleh seseorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah seksyen 36, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pengkompaunan kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pegawai Penjaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pegawai Penjaga tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pegawai Penjaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Bahagian VI
Perisytiharan tidak betul, kegagalan untuk memberikan penyata, dsb.
membuat secara bertulis, atau menandatangani apa-apa perisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir; atau 34
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
tidak atau enggan memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya diberikan atau dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, Mahkamah hendaklah memerintahkan orang itu supaya memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya diberikan atau dikemukakan.
Penalti bagi percubaan untuk memperoleh atau memperoleh wang atau faedah melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan
Mana-mana orang yang—
cuba untuk memperoleh apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan; atau
memperoleh apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pembayaran balik
Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 41, Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada pengenaan penalti di bawah seksyen itu, memerintahkan orang itu supaya membuat pembayaran balik amaun wang atau nilai faedah yang diperoleh secara salah itu berserta dengan faedah pada kadar sepuluh peratus setahun berkenaan dengan setiap hari dari hari dia menerima bantuan kewangan atau faedah lain itu.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 35
Penalti am
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau badan lain
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain—
mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain atau pekongsi dalam pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu; atau
berupa bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah, bersama dengan pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu berlaku.
Tanggungan bersesama dan berasingan bagi pengarah, dsb.
Jika apa-apa levi masih tidak dibayar oleh seseorang majikan yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain, pengarah pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu dalam tempoh levi kena dibayar, atau dalam hal sesuatu firma, pekongsi firma itu, termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam tempoh levi kena dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah berserta dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu bertanggungan bersesama dan berasingan bagi levi yang terhutang dan kena dibayar kepada Perbadanan.
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Permulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Perintah supaya mendaftar atau membayar levi
Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 14(3), Mahkamah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar levi, berserta dengan faedah baginya, yang terhutang dan kena dibayar kepada Perbadanan.
Bahagian VII
Peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan—
kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara untuk mengkompaunkan kesalahan itu; atau
apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.
Kuasa untuk meminda Jadual Pertama
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, membatalkan, mengubah atau meminda Jadual Pertama.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini kepada Perbadanan dan Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan sedemikian.
Kerahsiaan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Maklumat daripada mana-mana pihak berkuasa awam atau badan berkanun
Perbadanan boleh meminta maklumat daripada mana-mana pihak berkuasa awam atau badan berkanun berhubung dengan mana-mana majikan yang telah didaftarkan di bawah Akta ini atau yang kena didaftarkan di bawah Akta ini.
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Bahagian VIII
Pemansuhan
Pada tarikh yang ditetapkan—
Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992 [Akta 491]
(dalam Bahagian ini disebut “Akta yang dimansuhkan”)
adalah dimansuhkan; dan
Majlis Pembangunan Sumber Manusia (dalam Bahagian ini disebut “Majlis”), yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu, hendaklah terhenti wujud.
Keberterusan undang-undang, dsb.
Segala perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, setakat yang perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan itu selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah, arahan pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan itu digantikan, dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 39
Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan tugas
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan Majlis hendaklah dari tarikh itu turun kepada Perbadanan.
Perpindahan harta
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Majlis sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada Perbadanan tanpa apa-apa pemindahakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik.
Kontrak yang sedia ada
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 56 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh terhadap atau memihak kepada
Perbadanan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan secara berkesan seolah-olah Perbadanan, dan bukannya Majlis mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Keberterusan liabiliti
Mana-mana majikan yang tidak mendaftar di bawah Akta yang dimansuhkan boleh didakwa dan Perbadanan berhak untuk mendapatkan apa-apa amaun levi yang kena dibayar kepada Majlis di bawah Akta yang dimansuhkan.
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding
(sama ada sivil atau jenayah) atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Majlis atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Majlis seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
Pemindahan Kumpulan Wang
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua wang atau levi yang berada dalam, dan kena dibayar kepada, Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 9 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada
Kumpulan Wang.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 41
Pegawai dan pekhidmat Majlis
Tiap-tiap orang yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Perpindahan pendaftaran majikan
Tiap-tiap majikan yang didaftarkan di bawah peruntukan
Akta yang dimansuhkan atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini.
Mengelakkan anomali
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini.
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Jadual Pertama
[Subseksyen 1(2) dan 15(1)]
Bahagian I
Kelas Majikan
Industri
A.
Sektor Perkilangan
Majikan yang mempunyai sepuluh orang pekerja atau lebih
Pengilangan, iaitu pembuatan atau pemprosesan sesuatu barang dengan menggunakan buruh atau mesin atau kedua-duanya, termasuk mengubah bahagian atau komponen kepada barang lain yang mempunyai sifat atau ciri yang berbeza, melalui pengubahan, pengadunan, penghiasan, pengemasan atau selainnya mengawet atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan supaya ia dapat digunakan, dijual, diangkut, dihantar atau dilupuskan, termasuk pembinaan kapal atau pemasangan bahagian-bahagian kapal.
Perubahan bilangan pekerja
Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan A(1)
menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu.
B.
Sektor Perkhidmatan
Majikan yang mempunyai sepuluh orang pekerja atau lebih
Hotel, iaitu penyediaan dengan dibayar fi, tempat penginapan dalam hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan, rumah sewaan, chalet, tempat peranginan atau tempat serupa itu yang lain, sama ada yang terbuka kepada orang awam atau terhad kepada anggota sesuatu organisasi tertentu;
Pengangkutan udara, iaitu penyediaan pengangkutan melalui udara, dengan dibayar fi atau berasaskan suatu kontrak, bagi penumpang atau angkutan sama ada dengan perkhidmatan biasa atau carter persendirian, termasuk perkhidmatan pembaikpulihan, pembaikan, penyenggaraan dan pembersihan pesawat udara;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 43
Kelas Majikan
Industri
Pengusahaan pelancongan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan perniagaan, pengendalian atau pengurusan pelancongan dalam
Negeri atau ke luar Negeri atau apa-apa perniagaan agensi pengembaraan mengikut pengertian
Akta Industri Pelancongan 1992
[Akta 482];
Telekomunikasi, iaitu penyediaan suatu sistem bagi pembawaan, dengan menggunakan tenaga elektrik, magnet, elektro-magnet, elektro-kimia atau tenaga eletro-mekanik bagi—
percakapan, muzik dan bunyi lain;
imej tampak;
isyarat yang menyampaikan
(sama ada antara orang dengan orang, benda dengan benda atau orang dengan benda) apa-apa perkara selain dalam bentuk bunyi atau imej tampak; atau
isyarat yang digunakan bagi m e n g g e r a k k a n a t a u mengawal mesin atau radas;
Penghantaran angkutan, iaitu apa-apa perkiraan angkutan melalui udara, laut atau darat dari pangkalan muatan/asal ke pangkalan pemunggahan/
destinasi, atau penyediaan kegiatan logistik menyeluruh dan termasuk perniagaan ejen penghantar, iaitu, yang melibatkan kegiatan mendapatkan pelepasan kastam bagi angkutan, tetapi tidak termasuk pengangkutan penghantaran oleh unit perniagaan bagi penggunaan mereka sendiri;
44
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Kelas Majikan
Industri
Perkapalan, iaitu pengendalian vesel bagi pengangkutan angkutan atau penumpang ke luar negara atau menyusuri pantai, termasuk perkhidmatan menunda di laut lepas atau di dalam pelabuhan, pengendalian vesel untuk pengangkutan melalui sungai, terusan dan jalan air pedalaman lain, termasuk feri yang dikendalikan menyeberangi sungai, tasik dalaman atau di dalam pelabuhan, perkhidmatan bot tambang, bot persiaran, penundaan atau kapal tunda di jalan air pedalaman, dan termasuk pembaikpulihan, pembaikan, penyenggaraan dan pembersihan kapal;
Pos atau kiriman cepat, iaitu penghantaran barang pos seperti surat, poskad, akhbar, buku, dokumen, risalah, pola atau paket contoh, paket kecil, bingkisan, bungkusan atau apa-apa barang atau benda lain yang boleh dihantar melalui pos atau perkhidmatan kiriman cepat;
Pengiklanan, iaitu penyediaan perkhidmatan pengiklanan oleh agensi pengiklanan untuk atau bagi pelanggan dengan dibayar fi atau berasaskan suatu kontrak dalam pelbagai jenis media atau melakukan kerja penyelidikan pasaran;
Perkhidmatan komputer, iaitu pembangunan atau penambahbaikan perisian, penyenggaraan perisian atau pangkalan data, penyepaduan atau perangkaian sistem, pembekalan kakitangan secara kontrak, pengurusan kemudahan, pemasangan komputer atau perkhidmatan penyenggaraan, atau penyediaan perkhidmatan nasihat atau khidmat runding;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 45
Kelas Majikan
Industri
Tenaga, iaitu membekalkan dan menyediakan tenaga elektrik atau elektrik apabila dijanakan, dihantar, diagihkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi penghantaran apa-apa perhubungan atau isyarat;
Latihan, iaitu perniagaan menyediakan latihan atau kemahiran yang umum atau khusus oleh mana-mana pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang tetapi tidak termasuk latihan oleh penyedia latihan Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri;
Pendidikan tinggi, iaitu penyediaan ajaran atau latihan mengenai atau pengajaran kursus pengajian yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian itu atau penyediaan pendidikan jarak jauh, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi atau pendidikan jarak jauh yang disediakan oleh institusi pendidikan yang ditubuhkan dan diuruskan secara langsung oleh Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau disediakan oleh mana-mana
Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] atau Akta Universiti
Teknologi MARA 1976 [Akta 173] atau Politeknik Ungku Omar yang ditubuhkan di bawah Akta
Politeknik Ungku Omar 1974
[Akta 145];
(xiia) Pengangkutan darat perdagangan, iaitu penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat
(tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan kereta api), terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Kelas Majikan
Industri awam darat itu, termasuk penyediaan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan bagi mengangkut penumpang atau barangan iatu bas, bas carter, bas ekspres, bas pengantara, bas mini, bas berhenti-henti, bas sekolah, bas persiaran, bas lapangan terbang, bas pekerja, teksi lapangan terbang, kereta sewa, teksi mewah, teksi, dan kereta sewa dan pandu bagi pelancong;
(xiib) Perkhidmatan pengangkutan kereta api, iaitu penyediaan apa-apa pengangkutan kereta api untuk kegunaan awam bagi mengangkut penumpang atau barangan atau kedua-duanya termasuk tren, komuter, monorel, sistem rangkaian transit aliran ringan dan apa-apa pengangkutan kereta api yang berkaitan dengan dibayar upah, fi atau berasaskan suatu kontrak;
Jualan langsung, iaitu jualan pintu ke pintu atau jualan pesanan pos mengikut pengertian *Akta Jualan
Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500];
Perkhidmatan pelabuhan, iaitu pengusahaan semua atau apa-apa kerja daripada apa-apa perihalan berkaitan dengan pengurusan atau pengendalian sesuatu pelabuhan oleh mana-mana pelabuhan persendirian, pelabuhan pedalaman atau, mana-mana syarikat, firma atau orang yang diberi kuasa dengan dilesenkan untuk mengusahakan kerja sedemikian;
Perkhidmatan sokongan dan penyenggaraan kejuruteraan, iaitu pengendalian, pengujian atau penyenggaraan kejuruteraan elektrik, elektronik atau perisian atau sistem mekanikal dan kelengkapan,
*CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Jualan Langsung 1993 [Akta 500]—lihat Akta
Jualan Langsung (Pindaan) 2010 [Akta A1379].
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 47
Kelas Majikan
Industri termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengujian dan pemasangan mana-mana kelengkapan baru yang perkhidmatannya diberikan kepada mana-mana syarikat, perniagaan, kilang atau pihak berkuasa awam;
Penyelidikan dan pembangunan, iaitu penjalanan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang termasuklah—
penyelidikan tulen seperti kerja eksperimental atau teoretikal yang dijalankan t e r u t a m a n y a u n t u k mendapatkan pengetahuan saintifik atau teknikal yang baru;
penyelidikan gunaan seperti penyelidikan asal atau kritikal yang dijalankan u n t u k m e n d a p a t k a n pengetahuan saintifik atau teknikal yang baru, atau yang menjurus kepada objektif praktikal yang tertentu; dan
penggunaan pengetahuan saintifik atau teknikal bagi menghasilkan material, peranti, produk atau perkhidmatan yang baru atau yang telah diperbaiki secara substantif untuk memasang proses atau sistem yang baru sebelum permulaan pengeluaran atau aplikasi komersial, atau memperbaiki secara substantif material, peranti, produk atau perkhidmatan yang telah dihasilkan atau dipasang;
Perkhidmatan penggudangan, iaitu penyediaan gudang dalam bon atau mana-mana tempat lain yang dilesenkan bagi penggudangan barang-barang berduti yang termasuklah semua barang yang;
48
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Kelas Majikan
Industri tertakluk kepada pembayaran duti kastam dan yang ke atasnya duti itu masih belum dibayar lagi;
(Dipotong oleh P.U. (A) 452/2005);
(Dipotong oleh P.U. (A) 452/2005);
Perkhidmatan keselamatan, iaitu penyediaan perkhidmatan keselamatan persendirian yang termasuklah penyediaan pengawal dan rondaan, khidmat runding keselamatan, kereta berperisai atau penyediaan nasihat berhubung dengan keselamatan harta, premis, kakitangan, loji dan kelengkapan;
Perkhidmatan hospital swasta, iaitu penyediaan rawatan atau wad kepada pesakit dalam mana-mana premis selain hospital atau institusi Kerajaan dan termasuklah mana-mana rumah bersalin swasta tetapi tidak termasuk rumah jagaan kejururawatan swasta mengikut pengertian Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Swasta 1998 [Akta 586];
Perbekalan gas, wap dan pendingin udara, iaitu pengumpulan, pembekalan, pengagihan atau penyediaan gas, wap dan pendingin udara termasuk pengagihan bahan api berunsur gas melalui saluran utama, pengumpulan dan pengagihan wap dan air panas bagi maksud pemanasan, tenaga atau maksud lain, pengagihan udara dingin atau air yang disejukkan bagi maksud pendinginan, dan pembekalan ais bagi maksud makanan dan bukan makanan atau bagi maksud pendinginan;
Perawatan dan pembekalan air, iaitu proses perawatan air daripada pelbagai sumber dan pembekalan atau pengagihan air melalui pelbagai cara bagi keperluan domestik dan industri.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 49
Kelas Majikan
Industri
Pembetungan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan, penyenggaraan atau pengendalian s i s t e m p e m b e t u n g a n a t a u kemudahan rawatan kumbahan termasuk penakungan dan rawatan air buangan dari kawasan kediaman atau perindustrian yang dibawa melalui apa-apa cara jua bagi maksud pelambakan, pelupusan atau penukaran kepada bentuk bukan toksik;
Perkhidmatan pengurusan sisa dan pemulihan semula bahan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan pengumpulan, rawatan atau pelupusan bahan sisa pepejal, cecair atau bergas yang dibuang, ditolak, tidak dikehendaki atau ditinggalkan untuk diguna semula, dikitar semula, diproses semula, dipulih semula atau ditulenkan melalui suatu proses yang berasingan termasuk aktiviti pemulihan dan perkhidmatan pengurusan sisa yang lain;
Penerbitan wayang gambar, video dan program televisyen, rakaman bunyi dan penerbitan muzik, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan—
pembuatan atau penerbitan wayang gambar, filem, video dan program televisyen atau iklan komersial;
aktiviti pascapenerbitan filem, video dan program televisyen, atau iklan komersial untuk radio, televisyen atau filem;
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Kelas Majikan
Industri
aktiviti pengedaran atau aktiviti bagi mendapatkan hak pengedaran filem, pita video, DVD atau penerbitan yang seumpamanya bagi maksud komersial;
aktiviti penayangan wayang gambar atau pita video;
penerbitan rakaman induk (bunyi) asal, perkhidmatan rakaman bunyi dan perkhidmatan yang berkaitan; atau
(F)
aktiviti penerbitan muzik dan perkhidmatan yang berkaitan;
Perkhidmatan maklumat iaitu penyediaan dan pembekalan data, pengetahuan atau maklumat kepada pelanggan bagi maksud komersial termasuk penyediaan perkhidmatan memproses data dan perkhidmatan pengehosan, perkhidmatan portal web, perkhidmatan agensi berita dan sindiket berita, dan perkhidmatan yang berkaitan;
Perkhidmatan bangunan dan landskap, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan pengurusan, penyenggaraan, penjagaan atau pembersihan bangunan, landskap, kelengkapan enjin, jentera atau pembersihan perindustrian yang lain;
Perkhidmatan pengurusan acara, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan pengurusan, promosi atau penganjuran konvensyen, pameran perniagaan atau perdagangan, atau acara awam atau persendirian;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 51
Kelas Majikan
Industri
Pendidikan awal kanak-kanak, iaitu penyediaan penjagaan atau pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur di bawah enam tahun oleh taman bimbingan kanak-kanak dan taman didikan kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas untuk kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat ini tetapi tidak termasuk penjagaan atau pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh taman bimbingan kanak-kanak atau taman didikan kanak-kanak yang dimiliki atau yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri, atau oleh mana-mana badan berkanun;
Perkhidmatan sokongan kesihatan, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perkhidmatan makmal perubatan atau kesihatan, pusat dialisis, pusat fisioterapi atau terapi pekerjaan, akupuntur, atau ahli herba dan homeopati, tetapi tidak termasuk—
aktiviti hospital dan rumah bersalin;
aktiviti amalan perubatan am atau pergigian;
aktiviti penjagaan di rumah;
perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh jururawat, bidan, ahli krioterapi, tukang urut tradisional, pengamal
Ayurveda atau pengamal perubatan alternatif lain, atau pengamal paramedikal;
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Kelas Majikan
Industri
perkhidmatan ambulans;
dan
(F)
perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain mengikut pengertian
Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998
[Akta 586];
Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perjanjian francais atau yang melibatkan pembelian hak untuk menjual atau mengedar produk, perkhidmatan, maklumat, teknik atau harta intelek tertentu oleh pemegang francais daripada pembeli francais. Perkataan
“francais” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Francais 1998 [Akta 590];
Penjualan dan pembaikan kenderaan bermotor, iaitu perdagangan atau penjualan, sama ada secara borong atau runcit, apa-apa jenis kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor oleh pengilang, pembekal, pemborong, peruncit atau ejen dan penyediaan perkhidmatan yang bersampingan dengan penjualan kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor itu atau penyediaan perkhidmatan selepas jualan secara berkala, termasuk penyenggaraan atau pembaikan, semasa atau selepas sesuatu kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor dijual;
Perkhidmatan penyiaran swasta, iaitu apa-apa aktiviti bagi mencipta kandungan atau mendapatkan hak untuk mengedarkan kandungan bagi rancangan radio, televisyen atau rancangan kabel dan penyiaran kandungan itu kepada umum;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 53
Kelas Majikan
Industri
Sekolah memandu, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan perkhidmatan oleh sesuatu sekolah memandu atau institut memandu;
Perkhidmatan veterinar, iaitu penyediaan perkhidmatan pengawalan dan penjagaan kesihatan untuk haiwan ternakan atau peliharaan oleh doktor veterinar atau pekerja veterinar termasuk—
pemeriksaan klinikopatologi dan diagnosis;
diagnosis, penyembuhan, peringanan, rawatan atau pencegahan apa-apa penyakit, kecacatan, luka atau kecederaan pada haiwan;
perkhidmatan ambulans haiwan; dan
p e r k h i d m a t a n u j i a n spesimen haiwan.
Perkataan “perkhidmatan veterinar”
hendaklah termasuk kesemua aktiviti atau perkhidmatan yang disediakan oleh klinik haiwan, pusat veterinar atau hospital veterinar;
Perkhidmatan pasar raya besar, pasar raya dan gedung serbaneka, iaitu penjualan item seperti barang-barang runcit, keperluan harian, hasil tanaman, daging, konfeksi, minuman, perkakasan domestik dan keperluan tandas, pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak dan apa-apa jenis pakaian yang lain, barangan elektrik, perabot atau apa-apa barangan untuk jualan yang lain;
54
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Kelas Majikan
Industri
Perkhidmatan makanan dan minuman, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan perkhidmatan bekalan makanan atau minuman untuk pelanggan atau untuk suatu acara (tetapi tidak termasuk aktiviti pengilangan makanan dan minuman).
Perubahan bilangan pekerja
Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan B(1)
menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu.
C.
Sektor Perlombongan dan
Pengkuarian
Majikan yang mempunyai sepuluh orang pekerja atau lebih
Perlombongan dan pengkuarian, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan proses pengekstrakan mineral yang terjadi secara semula jadi sebagai pepejal, cecair atau gas termasuklah—
perlombongan batu arang keras dan lignit (batu arang coklat atau perang), bijih besi, bijih logam bukan besi, atau mineral kimia dan baja;
perlombongan atau pengkuarian bahan pelelas, asbestos, mil fosil bersilikon, grafit semula jadi, steatite (talkum), batu permata, asfalt semula jadi, asfaltit dan batu berasfalt, bitumen pepejal semula jadi, kuartza dan mika;
pengekstrakan minyak petroleum mentah, syal bitumen atau syal minyak dan pasir tar, gas asli, kondensat, hidrokarbon cecair, metana, etana, butana atau propana;
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 55
Kelas Majikan
Industri
pengekstrakan dan pengumpulan tanah gambut dan garam, termasuk pengekstrakan garam melalui penyejatan air laut atau air masin lain;
pengkuarian batu, pasir dan tanah liat; atau
perkhidmatan sokongan khusus perlombongan atau pengkuarian yang disediakan berdasarkan fi atau kontrak.
Perubahan bilangan pekerja
Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan C(1)
menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu.
Bahagian II
Kelas Majikan
Industri
A. Sektor Perkilangan
Majikan yang mempunyai lima hingga sembilan orang pekerja
Industri perkilangan yang berhubungan dengan Sektor Perkilangan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan
A(1) Bahagian I
B. Sektor Perkhidmatan
Majikan yang mempunyai lima hingga sembilan orang pekerja
Semua industri yang berhubungan dengan
Sektor Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan B(1)
Bahagian I
C. Sektor Perlombongan dan
Pengkuarian
Majikan yang mempunyai lima hingga sembilan orang pekerja
Industri Perlombongan dan Pengkuarian yang berhubungan dengan Sektor
Perlombongan dan Pengkuarian sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan C(1) Bahagian I.
56
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Jadual Kedua
[Subseksyen 7(5)]
1. Tertakluk kepada peruntukan perenggan ini, tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah memegang dan mengosongkan jawatannya mengikut terma pelantikannya dan, apabila terhenti daripada menjadi anggota, adalah layak untuk dilantik semula.
2. (1) Seseorang anggota Lembaga—
yang pada tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut, tanpa sebab yang munasabah atau kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi, yang tidak hadir dan tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengan anggota itu;
yang telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal;
yang telah menjadi bankrap atau membuat perkiraan dengan pemiutang-pemiutangnya;
yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah, fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak, atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
yang peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
yang pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, hendaklah terhenti menjadi anggota Lembaga.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Lembaga oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan itu.
Peruntukan subperenggan (1), selain subsubperenggan (a), hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti.
3. Tertakluk kepada perenggan 4, seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
4. (1) Pelantikan seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 57
Seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
5. (1) Menteri hendaklah memanggil mesyuarat pertama Lembaga.
Lembaga hendaklah bermesyuarat dengan seberapa yang kerap supaya tidak lebih daripada tiga bulan berlalu antara mesyuarat.
Kuorum Lembaga ialah sepuluh orang.
Jika atas apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat pembahagian undi yang sama banyak, Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
6. Maka hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri kepada anggota atau anggota silih ganti Lembaga kerana menghadiri mesyuarat Lembaga.
7. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu.
8. Tiada seorang pun anggota Lembaga menanggung liabiliti sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga atau Perbadanan melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan secara sengaja atau kerana perbuatan melulu atau kecuaian melampau.
9. Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
10.
Meterai Perbadanan hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota Lembaga dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai Perbadanan dan disahkan sedemikian hendaklah, sehingga ditunjukkan sebaliknya, disifatkan sebagai telah dimeteraikan secara sah.
58
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Jadual Ketiga
[Subseksyen 26(4)]
1. Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai, atau untuk menjadi seorang anggota Panel Pelaburan:
seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;
seseorang bankrap; atau
seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan tugasnya.
2. Seseorang anggota Panel Pelaburan hendaklah terhenti menjadi anggota jika—
dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Panel Pelaburan secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Panel Pelaburan; atau
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dalam hal seseorang yang dilantik di bawah perenggan 26(2)(f).
3. Seseorang anggota yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 26(2)(f)
boleh meletakkan jawatan sebagai anggota Panel Pelaburan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
4. Jika mana-mana anggota Panel Pelaburan mempunyai apa-apa kepentingan benefisial dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Panel
Pelaburan, dia hendaklah dengan segera mengisytiharkan jenis dan takat kepentingannya dalam perkara itu kepada Pengerusi dan Panel Pelaburan hendaklah memutuskan sama ada atau tidak dia boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat Panel Pelaburan itu apabila perkara itu dipertimbangkan, walau apa pun kepentingannya dalam perkara itu.
5. (1) Panel Pelaburan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki supaya berbuat demikian oleh Pengerusi Panel Pelaburan.
Pengerusi Panel Pelaburan dan tiga orang anggota lain Panel Pelaburan membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Panel Pelaburan.
6. Seseorang anggota Panel Pelaburan boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri kerana menghadiri mesyuarat Panel Pelaburan.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 59
Akta 612
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 428/2004
P.U. (A) 452/2005
P.U. (A) 376/2007
Akta A1323
P.U. (A) 110/2014
P.U. (A) 69/2017
Perintah Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama)
2004
Perintah Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama)
2005
Perintah Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama)
2007
Akta Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (Pindaan) 2007
Perintah Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama)
2014
Perintah Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama)
2017 01-01-2005 01-01-2005 01-12-2007 20-02-2008 21-04-2014 01-04-2017
60
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Akta 612
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang 2 3 4 20 22
Jadual Pertama
Akta A1323
Akta A1323
Akta A1323
Akta A1323
Akta A1323
Akta A1323
P.U. (A) 428/2004
P.U. (A) 452/2005
P.U. (A) 376/2007
P.U. (A) 110/2014
P.U. (A) 69/2017 20-02-2008 20-02-2008 20-02-2008 20-02-2008 20-02-2008 20-02-2008 01-01-2005 01-01-2005 01-12-2007 21-04-2014 01-04-2017