Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian VI · Perceraian

48. Setakat mana kuasa untuk memberi relief

Feedback & support
(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan mahkamah membuat sesuatu dekri perceraian kecuali—

(a)

jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini; atau

(b)

jika pihak-pihak itu telah berkahwin di bawah sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bahawa, atau yang dalam perjangkaannya, perkahwinan itu adalah monogami;

dan

(c)

jika domisil bagi pihak-pihak kepada perkahwinan itu pada masa petisyen itu dikemukakan ialah di Malaysia.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan mahkamah membuat sesuatu dekri perpisahan kehakiman kecuali—

(a)

jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini; atau

(b)

jika pihak-pihak itu telah berkahwin di bawah sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bahawa, atau yang dalam perjangkaannya, perkahwinan itu adalah monogami;

dan

(c)

jika kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bermastautin di Malaysia pada masa prosiding itu dimulakan.

Report

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules