Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
49. Bidang kuasa tambahan dalam prosiding oleh isteri
Feedback & supportWalau apa pun yang berlawanan dalam perenggan 48(1)(c), mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk melayani prosiding oleh seseorang isteri di bawah Bahagian ini, walaupun suaminya tidak berdomisil atau tidak bermastautin di Malaysia jika—
isteri itu telah ditinggal langsung oleh suaminya, atau suaminya telah diusirkan dari Malaysia di bawah sesuatu
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 43
undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan pengusiran orang, dan suami itu sebelum daripada peninggal langsungan atau pengusiran itu, telah berdomisil di Malaysia; atau
isteri itu adalah bermastautin di Malaysia dan telah secara biasanya bermastautin di Malaysia selama tempoh dua tahun sebelum sahaja daripada bermulanya prosiding itu.
Dalam mana-mana prosiding yang Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa menurut seksyen ini, isu itu hendaklah diputuskan mengikut undang-undang yang boleh terpakai baginya, jika pihak-pihak itu telah berdomisil atau bermastautin di Malaysia.
Dalam seksyen ini rujukan mengenai pengusiran dari Malaysia hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk buang negeri atau pengusiran di bawah mana-mana undang-undang bertulis.