Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian V · Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

211. Tindakan sivil oleh Suruhanjaya

Feedback & support
(1)

Jika didapati oleh Suruhanjaya bahawa mana-mana orang telah melanggar seksyen 202, 203, 204, 205, 206, 207 atau 208,

Suruhanjaya boleh memulakan prosiding sivil dalam mahkamah terhadap orang itu, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan,

Suruhanjaya boleh, jika didapatinya adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui tindakan sivil terhadap orang yang melakukan pelanggaran itu—

(a)

mendapatkan suatu amaun yang tidak boleh lebih daripada tiga kali ganda amaun kasar ganjaran yang dibuat atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu; dan

(b)

menuntut penalti sivil mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang didapati patut oleh mahkamah setelah mengambil kira beratnya pelanggaran itu, yang merupakan suatu amaun yang tidak lebih daripada satu juta ringgit.

(2)

Amaun yang didapatkan oleh Suruhanjaya dalam suatu tindakan menurut seksyen ini hendaklah digunakan—

(a)

pertamanya, untuk membayar ganti kepada Suruhanjaya segala kos penyiasatan dan prosiding berkenaan dengan pelanggaran itu; dan

(b)

keduanya, untuk memampasi orang yang telah mengalami kehilangan atau kerugian akibat daripada pelanggaran itu.

(3)

Jika didapati oleh Suruhanjaya bahawa adalah tidak praktik untuk memampasi orang yang disebut dalam perenggan (2)(b)

memandangkan amaun pengagihan yang bakal dibuat kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang layak dipampasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, Suruhanjaya boleh memutuskan untuk tidak membuat pengagihan kepada orang yang disebut dalam perenggan (2)(b).

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 327

(4)

Setakat yang mana-mana amaun yang didapatkan dalam tindakan sivil di bawah subseksyen (1) tidak diagihkan menurut perenggan (2)(b), amaun itu hendaklah—

(a)

dibayar ke dalam Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau

(b)

dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai—

(i)

kos memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau

(ii)

kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.

(5)

Prosiding sivil di bawah subseksyen (1) atau 210(1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa dua belas tahun dari—

(a)

tarikh kausa tindakan itu terakru; atau

(b)

tarikh Suruhanjaya atau plaintif yang memulakan prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendapat tahu tentang pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.

(6)

Apa-apa hak tindakan yang diberikan di bawah seksyen ini tidak menyentuh hak tindakan yang diberikan ke atas seseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian yang disebut dalam subseksyen 210(1) atau di bawah mana-mana undang-undang lain.

328 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Report

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules