Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
243. Section 243
Feedback & supportJika suatu prospektus menyatakan atau menandakan bahawa suatu permohonan telah atau akan dibuat bagi mendapatkan kebenaran bagi sekuriti yang ditawarkan untuk disenaraikan bagi disebut harga dalam senarai rasmi suatu bursa saham atau bursa lain seumpamanya di luar Malaysia, apa-apa penguntukan yang dibuat atas suatu permohonan untuk melanggan sekuriti menurut prospektus itu hendaklah, tertakluk pada subseksyen (3), bilamana dibuat, terbatal sekiranya—
kebenaran itu tidak dipohon mengikut bentuk yang dikehendaki oleh bursa saham itu pada masa itu sebelum hari ketiga bursa itu dibuka selepas tarikh terbitan prospektus itu; atau
kebenaran itu tidak diberikan sebelum habis tempoh enam minggu dari tarikh pengeluaran prospektus atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya, dengan syarat bahawa pemohon itu diberitahu oleh atau bagi pihak bursa itu dalam masa enam minggu itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Jika kebenaran belum dipohon, atau belum diberikan oleh bursa yang disebut dalam subseksyen (1), penerbit hendaklah, tertakluk pada subseksyen (3), dengan segera membayar balik tanpa bunga segala wang yang diterima daripada pemohon menurut prospektus itu, dan jika mana-mana wang itu tidak dibayar balik dalam tempoh empat belas hari selepas penerbit itu menjadi bertanggungan untuk membayarnya balik, maka, sebagai tambahan kepada tanggungan penerbit itu, pegawai penerbit itu hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk membayar balik wang itu dengan bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya dari habisnya tempoh tersebut.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 391
Jika berhubung dengan mana-mana sekuriti—
kebenaran tidak dipohon sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a); atau
kebenaran tidak diberikan sebagaimana yang ditentukan dalam perenggan (1)(b),
Suruhanjaya boleh, atas permohonan penerbit, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, sebelum sekuriti itu berupa sebagai diuntukkan, mengecualikan penguntukan sekuriti itu daripada kuat kuasa subseksyen (1)
atau (2).
Seseorang pegawai penerbit tidak bertanggungan sedemikian di bawah subseksyen (2) jika dia membuktikan bahawa keingkaran dalam pembayaran balik wang itu tidak disebabkan oleh apa-apa salah laku atau kecuaian pada pihaknya.
Apa-apa syarat yang menghendaki atau mengikat seseorang pemohon bagi apa-apa sekuriti untuk mengetepikan pematuhan seksyen ini atau yang berupa sebagai berbuat sedemikian adalah terbatal.
Tanpa mengehadkan pemakaian mana-mana peruntukannya, seksyen ini hendaklah mempunyai kesan—
berhubung dengan mana-mana sekuriti yang dipersetujui untuk diambil oleh seseorang yang menaja jamin suatu terbitan, tawaran atau pelawaan yang disebut dalam suatu prospektus, seolah-olah dia telah memohon sekuriti berhubung dengan terbitan, tawaran atau pelawaan yang disebut dalam prospektus itu; dan
berhubung dengan suatu prospektus yang menawarkan sekuriti bagi pembelian, seolah-olah—
sebutan mengenai pembelian digantikan dengan sebutan mengenai penguntukan;
392 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
orang yang membuat tawaran itu, dan bukan penerbit, adalah bertanggungan di bawah subseksyen (2) untuk membayar balik wang yang diterima daripada pemohon, dan sebutan mengenai tanggungan penerbit di bawah subseksyen itu ditafsirkan dengan sewajarnya; dan
sebutan dalam subseksyen (7) mengenai penerbit dan tiap-tiap pegawai penerbit itu yang ingkar di bawah subseksyen (2) digantikan dengan sebutan mengenai mana-mana orang yang membuat atau yang melaluinya terbitan, tawaran atau pelawaan itu dibuat dan yang dengan sengaja membenarkan atau bersetuju keingkaran itu.
Segala wang yang diterima daripada pemohon hendaklah disimpan sebagai amanah dalam akaun bank yang berasingan selagi penerbit boleh menjadi bertanggungan untuk membayar balik wang itu di bawah subseksyen (2), dan jika berlaku keingkaran dalam mematuhi subseksyen ini, penerbit dan tiap-tiap pegawai penerbit yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Jika bursa yang disebut dalam subseksyen (1) telah dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b) memberikan kebenaran, tertakluk pada pematuhan apa-apa kehendak yang ditentukan oleh bursa itu, kebenaran hendaklah disifatkan telah diberikan oleh bursa itu jika pengarah seorang penerbit telah memberikan bursa itu suatu aku janji bertulis untuk mematuhi kehendak bursa itu, tetapi jika mana-mana aku janji itu tidak dipatuhi, setiap pengarah seorang penerbit atau syarikat pengurusan yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan.
Seseorang tidak boleh mengeluarkan suatu prospektus berhubung dengan mana-mana sekuriti sekiranya prospektus itu termasuk—
apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan bahawa kebenaran telah diberikan bagi sekuriti itu yang hendak
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 393
diniagakan atau disenaraikan di suatu bursa yang disebut dalam subseksyen (1); atau
apa-apa pernyataan yang dalam apa-apa cara menyebut mengenai apa-apa kebenaran atau mengenai apa-apa permohonan atau cadangan permohonan bagi apa-apa kebenaran, atau mengenai perniagaan atau sebut harga atau penyenaraian sekuriti itu di mana-mana bursa yang disebut dalam subseksyen (1), atau mengenai apa-apa kehendak bursa itu melainkan jika pernyataan itu adalah atau kesannya adalah bahawa kebenaran telah diberikan atau permohonan telah atau akan dibuat kepada bursa itu dalam masa tiga hari dari pengeluaran prospektus itu atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya atau pernyataan itu telah diluluskan oleh
Suruhanjaya untuk dimasukkan dalam prospektus.
Jika suatu prospektus mengandungi suatu pernyataan yang memberi kesan bahawa dokumen konstituen penerbit atau surat ikatan yang ditakrifkan di bawah seksyen 287 mematuhi, atau telah dibuat supaya mematuhi, kehendak mana-mana bursa yang disebut dalam subseksyen (1), prospektus itu hendaklah, melainkan jika ternyata niat sebaliknya daripada prospektus itu, disifatkan bagi maksud seksyen itu sebagai menandakan bahawa permohonan telah dibuat, atau akan dibuat, bagi mendapatkan kebenaran bagi sekuriti yang ditawarkan oleh prospektus itu disenaraikan untuk disebut harga di bursa saham itu.
Dalam seksyen ini, “pegawai”, berhubung dengan seseorang penerbit ertinya seorang pengarah, setiausaha atau pegawai eksekutif penerbit itu.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
394 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Persetujuan daripada seseorang untuk mengeluarkan prospektus yang mengandungi pernyataannya