Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

244. Section 244

Feedback & support
(1)

Suatu prospektus yang termasuklah suatu pernyataan, selain pernyataan yang merupakan suatu cabutan daripada suatu pernyataan rasmi atau mana-mana pernyataan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang berupa sebagai dibuat oleh mana-mana orang atau berasaskan kepada suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu tidak boleh dikeluarkan melainkan jika—

(a)

orang itu telah memberikan persetujuan bertulisnya bagi pengeluaran prospektus dengan pernyataan itu yang dibuat dalam bentuk dan konteks yang pernyataan itu dimasukkan dan tidak, sebelum tarikh pengeluaran prospektus itu, menarik balik persetujuan itu; dan

(b)

terdapat dalam prospektus itu suatu pernyataan bahawa orang itu telah memberikan dan telah tidak menarik balik persetujuannya.

(2)

Tiap-tiap orang yang dengan pengetahuannya menjadi suatu pihak kepada pengeluaran mana-mana prospektus yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules