Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
59. Kehendak bagi Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal
Feedback & supportTiada seorang pun boleh bertindak sebagai wakil berkenaan dengan mana-mana aktiviti terkawal atau mengemukakan dirinya
*CATATAN—Akta Insurans 1996 [Akta 553] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013 kecuali seksyen 129 dan Jadual 9 [P.U. (B) 276/2013];
1 Januari 2015 seksyen 129 dan Jadual 9 [P.U. (B) 552/2014]–lihat seksyen 271 Akta 758.
**CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013 kecuali perenggan 1 hingga 10 Jadual 9 dan perenggan 13 hingga 19 Jadual 9 [P.U. (B) 277/2013]; 1 Januari 2015 perenggan 1 hingga 10 daripada
Jadual 9 dan perenggan 13 hingga 19 Jadual 9 [P.U. (B ) 553/2014]–lihat seksyen 282 Akta 759.
134 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
sebagai berbuat sedemikian melainkan jika dia ialah pemegang Lesen
Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal bagi aktiviti terkawal itu atau ialah orang berdaftar berkenaan dengan aktiviti terkawal itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.