Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024Read it in English
Contents

Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal

66. Kuasa Suruhanjaya untuk menyiasat transaksi berkenaan dengan sekuriti dan derivatif

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh menyiasat mana-mana transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau derivatif yang dibuat atau menyebabkan supaya dibuat oleh—

(a)

seorang pemohon untuk pemberian lesen, pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa mana-mana tempoh dua belas bulan sebelum permohonan bagi pemberian lesen itu; atau

(b)

orang berlesen, pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, pada bila-bila masa, untuk menentukan jika orang itu telah dalam transaksi itu menggunakan muslihat atau amalan perdagangan yang curang, tidak saksama atau tidak beretika, sama ada muslihat atau amalan perdagangan itu menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau selainnya.

(2)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan maklumat terperinci mengenai apa-apa transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau derivatif bagi tempoh itu kepada Suruhanjaya, dalam apa-apa bentuk dan cara, dan dalam masa, sebagaimana yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya melalui notis secara bertulis.

(3)

Sebagai tambahan kepada mana-mana penalti lain yang boleh dikenakan di bawah Akta ini, seseorang yang tidak atau enggan mengemukakan maklumat kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subseksyen (2) atau yang memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan atau maklumat itu mengandungi suatu ketinggalan yang material, boleh menyebabkan permohonannya untuk pemberian suatu lesen ditolak atau lesennya dibatalkan di bawah seksyen 72.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 145

Report

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules