Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
76. Orang berdaftar
Feedback & supportSeseorang merupakan orang berdaftar bagi maksud subseksyen 58(1) jika orang itu—
ditentukan sebagai orang berdaftar dalam Jadual 4;
berdaftar di bawah subseksyen (2);
berdaftar dengan suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf di bawah seksyen 323; atau
berdaftar dengan sesuatu badan yang diluluskan oleh
Suruhanjaya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 155
Suruhanjaya boleh atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) mendaftarkan orang itu bagi satu atau lebih aktiviti terkawal.
Mana-mana pendaftaran di bawah Bahagian 2 Jadual 4, perenggan (1)(b), (c) atau (d) hendaklah tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya, dan
Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada orang berdaftar yang berkenaan, meminda atau membatalkan mana-mana syarat atau mengenakan syarat baru.
Jika Suruhanjaya melalui notis secara bertulis meminda atau membatalkan mana-mana terma atau syarat atau mengenakan apa-apa syarat baru di bawah subseksyen (3), pindaan, pembatalan atau pengenaan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada masa penyampaian notis itu atau pada apa-apa masa yang ditentukan dalam notis itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.
Berkenaan dengan orang berdaftar yang disebut dalam perenggan 1(a) sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang ketiga