Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
69. Pengubahan atau pemindahan lesen
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, atas permohonan—
seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal, mengubah lesennya dengan menambah atau mengeluarkan aktiviti terkawal kepada atau daripada aktiviti terkawal yang telah pun dinyatakan dalam lesen itu;
seseorang pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran
Modal, mengubah nama prinsipalnya, yang bagi pihaknya dia bertindak dan aktiviti terkawal yang dimaksudkan oleh lesen itu; atau
seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, memindahkan lesennya kepada mana-mana orang lain, selepas pemegang itu mendapat suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen 139(3).
Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemohon memberikan Suruhanjaya apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dianggapnya perlu berhubung dengan permohonan itu.
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi permohonan yang ditetapkan yang hendaklah dibayar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
146 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya;
atau
menolak permohonan itu atas apa-apa alasan yang dinyatakan dalam subseksyen 64(1) atau 65(1) atau atas mana-mana alasan lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya tidak boleh menolak permohonan di bawah subseksyen (1) tanpa memberi peluang untuk didengar kepada pemohon.