Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024Read it in English
Contents

Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal

75. Section 75

Feedback & support
(1)

Seseorang boleh dilantik, dipilih atau dinamakan sebagai seorang pengarah bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hanya jika orang itu ialah seorang yang layak dan sesuai jika tiada suatu pun alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f),

(g)

, (i), (j), (k) atau (l) akan menghalangnya daripada memegang jawatan itu.

(2)

Seseorang tidak boleh dilantik sebagai ketua eksekutif bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal tanpa kelulusan

Suruhanjaya.

(2A)

Bagi maksud subseksyen (2), dalam meluluskan pelantikan ketua eksekutif, Suruhanjaya boleh juga mengambil kira sama ada—

(a)

mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f), (g), (i), (j), (k) atau (l) akan menghalangnya daripada memegang jawatan itu; atau

(b)

ia bertentangan dengan kepentingan awam untuk meluluskan pelantikan itu.

(3)

Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah memberi Suruhanjaya notis bertulis dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengenai pelantikan, pemilihan atau penamaan ke jawatan pengarah.

(4)

Seorang pengarah yang namanya telah diberitahu kepada

Suruhanjaya di bawah subseksyen (3) atau seorang ketua eksekutif dilantik di bawah subseksyen (2) yang kemudiannya menyedari bahawa dia tidak memenuhi kriteria yang layak dan sesuai yang

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 153

disebut di bawah subseksyen (1) atau (2A) hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada Suruhanjaya.

(5)

Jika pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal menyedari bahawa mana-mana pengarah atau ketua eksekutifnya tidak memenuhi kriteria layak dan sesuai yang disebut di bawah subseksyen (1) atau (2A), pemegang itu hendaklah sebaik sahaja menyedari tentang kehilangan kelayakan itu, memaklumkan Suruhanjaya.

(6)

Seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal, jika—

(a)

mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d),

(e)

, (f), (g), (i), (j), (k) atau (l) terpakai; atau

(b)

ia bertentangan dengan kepentingan awam bagi orang itu untuk terus memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.

(7)

Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah memastikan bahawa tiada seorang pun memegang jawatan sebagai pengarah atau ketua eksekutif, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika subseksyen (6) terpakai.

(8)

Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini,

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal untuk memecat pengarah atau ketua eksekutif itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu, jika—

(a)

mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d),

(e)

, (f), (g), (i), (j), (k) atau (l) terpakai; atau

(b)

ia bertentangan dengan kepentingan awam bagi orang itu untuk terus memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.

(9)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah

154 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

dalam tempoh yang ditentukan dalam arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8), memecat pengarah atau ketua eksekutif itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memaklumkan pemegang saham bagi pemegang itu dan Pendaftar Syarikat, jika berkenaan, mengenai pemecatan itu.

(10)

Pemecatan seseorang pengarah atau ketua eksekutif, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penerimaan oleh pengarah atau ketua eksekutif itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai pemberitahuan pemecatan yang diberikan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau memorandum persatuan atau perkara persatuan pemegang lesen itu atau mana-mana perjanjian antara pemegang itu dengan pengarah atau ketua eksekutif itu.

(11)

Seseorang yang melanggar seksyen ini atau tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules