Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
63. Fi
Feedback & supportSeseorang berlesen hendaklah membayar apa-apa fi lesen yang ditetapkan berkenaan dengan setiap aktiviti terkawal secara tahunan dan pada tarikh yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
Jika orang berlesen tidak membayar fi yang ditetapkan pada tarikh fi itu perlu dibayar, Suruhanjaya boleh mengenakan fi bayar lewat dengan jumlah yang ditetapkan untuk setiap hari pembayaran itu lewat, dan fi itu boleh didapatkan kembali oleh Suruhanjaya sebagai suatu hutang kena dibayar kepada Suruhanjaya.
Apa-apa fi yang dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Penggal ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.