Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
71. Pernyataan palsu berhubung dengan permohonan bagi pemberian atau pengubahan lesen
Feedback & supportSeseorang yang, berkaitan dengan permohonan bagi pemberian atau pengubahan sesuatu lesen, membuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan mengenai sesuatu butir-butir yang material dengan mengetahui pernyataan itu sebagai palsu atau mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan daripada menyatakan apa-apa perkara atau benda yang tanpanya permohonan itu adalah mengelirukan mengenai suatu hal material melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi satu juta ringgit.