Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
72. Pembatalan dan penggantungan lesen
Feedback & supportSesuatu lesen hendaklah disifatkan telah dibatalkan—
dalam hal pemegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal, jika pemegang itu digulung atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 147
dalam hal pemegang suatu Lesen Wakil Perkhidmatan
Pasaran, jika wakil itu mati.
Suruhanjaya boleh membatalkan sesuatu lesen—
dalam hal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, jika—
wujud alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak suatu permohonan di bawah subseksyen 64(1);
pemegang itu tidak atau terhenti menjalankan urusan dalam semua atau mana-mana aktiviti terkawal yang baginya ia dilesenkan bagi suatu tempoh tiga bulan berturut-turut;
pemegang itu melanggar apa-apa syarat atau sekatan berkenaan dengan lesennya atau apa-apa arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini;
pemegang itu melanggar mana-mana kaedah-kaedah bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat yang mengikatnya;
atau
pemegang tidak membayar apa-apa fi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 63; atau
dalam hal pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran
Modal, jika—
wujud alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak suatu permohonan di bawah subseksyen 65(1);
dia tidak atau terhenti bertindak sebagai wakil berkenaan dengan semua atau mana-mana aktiviti terkawal yang baginya dia dilesenkan;
148 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
(Dipotong oleh Akta A1406);
pemegang itu melanggar apa-apa syarat atau sekatan berkenaan dengan lesennya atau apa-apa arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau
pemegang tidak membayar apa-apa fi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 63.
Jika subseksyen (2) terpakai, Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya wajar untuk berbuat demikian—
menggantungkan suatu lesen bagi suatu tempoh tertentu dan tidak membatalkannya di bawah subseksyen (2); dan
pada bila-bila masa melanjutkan tempoh atau membatalkan penggantungan itu.
Tertakluk pada subseksyen (5), Suruhanjaya tidak boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen di bawah subseksyen (2)
atau (3) tanpa memberi peluang untuk didengar kepada orang berlesen itu.
Suruhanjaya boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen tanpa memberi peluang untuk didengar kepada orang berlesen itu—
dalam hal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, atas apa-apa alasan yang berikut:
pemegang itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
seseorang penerima, penerima dan pengurus atau orang yang setaraf dengannya telah dilantik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan mana-mana harta pemegang itu; atau
seseorang pemegang atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 149
diperihalkan dalam subperenggan 64(1)(h)(i) atau (ii);
atau
dalam hal pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran
Modal, atas apa-apa alasan yang berikut:
pemegang itu merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia; atau
pemegang itu telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang diperihalkan dalam subperenggan 65(1)(g)(i) atau (ii).
Tanpa menjejaskan subseksyen (2) dan (3), Suruhanjaya boleh, atas mana-mana alasan yang diperihalkan dalam subseksyen (2), mengenakan apa-apa sekatan ke atas aktiviti orang berlesen yang dimaksudkan oleh lesennya dan sekatan itu boleh kekal atau dibuat bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(Dipotong oleh Akta A1406).
Jika Suruhanjaya telah membatalkan atau menggantung suatu
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau mengenakan sekatan ke atas pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, pemegang itu hendaklah dengan serta-merta memaklumkan semua wakilnya melalui notis secara bertulis tentang pembatalan, penggantungan atau pengenaan sekatan itu.
Jika Suruhanjaya telah membatalkan atau menggantung suatu
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, wakil pemegang lesen itu hendaklah terhenti menjadi seorang pemegang Lesen Wakil
Perkhidmatan Pasaran Modal untuk pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal itu.
Seorang pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal yang terhenti memegang lesen di bawah subseksyen (8A) boleh mengemukakan permohonan di bawah perenggan 69(1)(b) untuk mengubah lesennya.
150 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Seseorang yang lesennya dibatalkan atau digantung di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud Penggal ini, disifatkan tidak dilesenkan dari tarikh pembatalan atau penggantungan itu berkuat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang yang—
menjalankan suatu aktiviti terkawal selepas lesennya dibatalkan atau telah terhenti;
menjalankan suatu aktiviti terkawal semasa lesennya digantung atau melanggar sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen (6); atau
melanggar subseksyen (8), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kesan pembatalan, penggantungan atau pemberhentian lesen, dsb.