Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
59A. Tanggungan sivil prinsipal bagi perbuatan wakilnya
Feedback & supportSeseorang yang diberi kuasa atau diambil kira kerja oleh seseorang prinsipal untuk bertindak sebagai wakilnya hendaklah disifatkan sebagai ejen prinsipal itu apabila—
ejen itu terlibat dalam apa-apa kelakuan, membuat apa-apa representasi atau bertindak menurut kuasanya; dan
kelakuan, representasi atau tindakan itu dijalankan dalam penjalanan urusan yang prinsipal itu dilesenkan.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang prinsipal tidak layak untuk bergantung pada apa-apa perkiraan, perjanjian atau kontrak yang dibuat—
antara prinsipal dengan wakilnya; atau
antara prinsipal dengan kliennya, yang dikendalikan untuk mengeluarkan atau mengecualikan sepenuhnya obligasi atau tanggungannya sebagai prinsipal wakilnya.
Seseorang prinsipal tidaklah bertanggungan bagi tindakan wakilnya jika wakil itu telah terhenti menjadi wakil prinsipal dan prinsipal itu telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memaklumkan, atau membawa ke pengetahuan klien mengenai hakikat pemberhentian itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 135
Bagi maksud seksyen ini, “prinsipal” ertinya pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal.