Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024Read it in English
Contents

Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal

60. Permohonan bagi pemberian lesen

Feedback & support
(1)

Suatu permohonan untuk pemberian lesen hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi pemberian lesen, menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkan perlu untuk memuaskan hatinya bahawa tiada apa-apa alasan pun di bawah subseksyen 64(1), 65(1) atau dalam mana-mana peraturan atau garis panduan bagi penolakan pemberian lesen itu terpakai, termasuk pemeriksaan latar belakang kewangan, jenayah dan profesional pemohon, pengarah, pengurus dan pengawal pemohon, jika berkaitan.

(3)

Suruhanjaya boleh menghendaki seorang pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang didapati perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.

(4)

Permohonan bagi pemberian lesen hendaklah disertakan fi yang ditetapkan yang tidak boleh dibayar balik yang hendaklah dibayar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1406).

(6)

Dalam hal suatu permohonan bagi pemberian Lesen Wakil

Perkhidmatan Pasaran Modal, permohonan itu hendaklah—

(a)

disokong oleh seorang pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal atau seseorang yang telah memohon Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal untuk aktiviti terkawal itu, mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya; dan 136 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

disifatkan telah ditarik balik berkuat kuasa dari tarikh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menyokong permohonan itu—

(i)

menarik balik sokongannya secara bertulis;

(ii)

menarik balik permohonannya bagi

Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal itu; atau

(iii)

telah mendapati permohonannya bagi

Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal itu ditolak oleh Suruhanjaya.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, seksyen 64, 66 dan 72, perkataan

“pengawal”, berhubung dengan seorang pemegang

Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal, ertinya seorang yang—

(a)

berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada lima belas peratus undi yang dikaitkan dengan syer mengundi pemegang itu;

(b)

mempunyai kuasa untuk melantik atau menyebabkan dilantik suatu majoriti pengarah bagi pemegang itu; atau

(c)

mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan urusan atau pentadbiran pemegang itu, dan untuk memberi kesan kepada keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu diberikan kesan kepadanya.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, seksyen 64, 66 dan 72, “pengurus”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan, ertinya seseorang yang dilantik oleh pertubuhan perbadanan itu untuk menguruskan mana-mana bahagian urusannya dan termasuklah seorang pekerja pertubuhan perbadanan itu (selain ketua eksekutif) yang, di bawah kuasa terdekat pengarah atau ketua eksekutif pertubuhan perbadanan itu, menjalankan tugas pengurusan atau bertanggungjawab untuk menyenggarakan akaun atau rekod lain pertubuhan perbadanan itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 137

Report

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules