Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
64. Alasan bagi penolakan pemberian Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal
Feedback & supportJika suatu permohonan dibuat bagi pemberian Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah seksyen 60, Suruhanjaya boleh menolak permohonan itu atas mana-mana alasan yang berikut:
permohonan itu tidak dibuat mengikut seksyen 60;
pemohon tidak mematuhi apa-apa kehendak lain Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini;
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan oleh pemohon kepada Suruhanjaya adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
pemohon itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
pelaksanaan terhadap pemohon berkenaan dengan hutang penghakiman pada keseluruhannya atau dikembalikan tanpa dijelaskan sebahagiannya;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 139
seseorang penerima, penerima dan pengurus atau orang yang setaraf dengannya telah dilantik di dalam atau di luar Malaysia, atau berkenaan dengan mana-mana harta pemohon itu;
pemohon itu telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa;
pemohon atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya—
telah disabitkan, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau keganasan lain atau yang pensabitannya melibatkan dapatan bahawa ia atau dia telah bertindak secara fraud atau tidak jujur;
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang di luar Malaysia berkaitan dengan pasaran modal;
(iia) telah tertakluk pada tindakan yang diambil oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 354, 355 atau 356;
telah melanggar mana-mana peruntukan yang dibuat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis sama ada di dalam atau luar Malaysia yang ternyata pada Suruhanjaya diperbuat bagi melindungi orang awam terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakjujuran, tidak berwibawa atau amalan salah oleh orang yang terlibat dalam pengadaan perkhidmatan kewangan atau pengurusan syarikat;
telah melibatkan diri dalam apa-apa amalan urusan yang ternyata pada Suruhanjaya sebagai memperdaya atau menindas atau selainnya tidak wajar (sama ada menyalahi undang-undang atau tidak) atau yang
140 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
selainnya mencerminkan kesangsian mengenai kaedah ia atau dia menjalankan urusan;
telah melibatkan diri dalam atau pernah dikaitkan dengan apa-apa amalan urusan lain atau selainnya berkelakuan dengan cara demikian yang menimbulkan keraguan mengenai kewibawaan dan kebijaksanaannya membuat keputusan; atau
merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya tidak dapat bertindak demi kepentingan terbaik kliennya setelah mengambil kira reputasi, kelakuan, integriti kewangan dan kebolehpercayaannya;
Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan kedudukan kewangan pemohon itu atau cara urusan pemohon itu dijalankan;
Suruhanjaya tidak berpuas hati mengenai rekod pelaksanaan lampau atau kepakaran pemohon itu setelah mengambil kira jenis urusan yang boleh dijalankan oleh pemohon itu berkaitan dengan pemegangan lesen itu;
terdapat hal keadaan lain yang berkemungkinan—
membawa kepada penjalanan urusan yang tidak wajar oleh pemohon itu atau oleh mana-mana pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya; atau
mencerminkan kesangsian tentang cara penjalanan urusan pemohon atau pengawalnya;
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 141
pengurusnya tidak akan menjalankan aktiviti terkawal secara cekap, jujur atau saksama; atau
Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah berlawanan dengan kepentingan awam untuk memberikan lesen itu.
(Dipotong oleh Akta A1406).
(Dipotong oleh Akta A1406).