Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
65. Alasan bagi penolakan pemberian Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal
Feedback & supportJika suatu permohonan dibuat bagi pemberian Lesen Wakil
Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah seksyen 60, Suruhanjaya boleh menolak permohonan itu atas mana-mana alasan yang berikut:
permohonan itu tidak dibuat mengikut seksyen 60;
pemohon itu telah tidak mematuhi mana-mana kehendak lain Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini;
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan oleh pemohon itu kepada Suruhanjaya adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
pemohon itu merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
pelaksanaan terhadap pemohon itu yang mengenainya suatu hutang penghakiman dikembalikan tanpa dijelaskan pada keseluruhannya atau sebahagiannya;
pemohon telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa;
142 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
pemohon telah—
disabitkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau keganasan atau yang pensabitannya melibatkan dapatan bahawa dia telah bertindak secara fraud atau tidak jujur;
disabitkan atas suatu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang di luar Malaysia berkaitan dengan pasaran modal;
(iia) telah tertakluk pada tindakan yang diambil oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 354, 355 atau 356;
melanggar mana-mana peruntukan yang dibuat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang ternyata pada
Suruhanjaya diperbuat bagi melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakjujuran, tidak berwibawa atau amalan salah oleh orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kewangan atau pengurusan syarikat atau terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh perlakuan bankrap yang dilepaskan atau yang belum dilepaskan;
melibatkan diri dalam apa-apa amalan perniagaan yang ternyata pada
Suruhanjaya sebagai memperdaya atau menindas atau selainnya tidak wajar (sama ada menyalahi undang-undang atau tidak)
atau yang selainnya mencerminkan kesangsian mengenai kaedah dia menjalankan perniagaan; atau
melibatkan diri dalam atau pernah dikaitkan dengan apa-apa amalan perniagaan lain atau selainnya berkelakuan sedemikian yang menimbulkan keraguan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 143
tentang kewibawaan dan kebijaksanaannya membuat keputusan;
Suruhanjaya tidak berpuas hati mengenai kelayakan pendidikan atau kelayakan lain atau pengalaman pemohon setelah mengambil kira jenis tugas yang kena dijalankan oleh pemohon berkaitan dengan pemegangan lesen itu;
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon itu tidak dapat bertindak demi kepentingan terbaik klien seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal setelah mengambil kira reputasi, kelakuan, integriti kewangan dan kebolehpercayaannya;
Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan rekod pelaksanaan lampau atau kepakaran pemohon itu setelah mengambil kira jenis tugas yang dijalankan oleh pemohon berkaitan dengan pemegangan lesen itu;
terdapat hal keadaan lain yang berkemungkinan membawa kepada penjalanan perniagaan yang tidak wajar oleh, atau mencerminkan kesangsian mengenai cara penjalanan perniagaan, pemohon atau mana-mana orang yang diambil kerja olehnya atau dikaitkan dengannya bagi maksud perniagaannya;
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon tidak akan menjalankan aktiviti terkawal secara cekap, jujur atau saksama; atau
Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah bercanggah dengan kepentingan awam untuk memberikan lesen itu.
(Dipotong oleh Akta A1406).
(Dipotong oleh Akta A1406).
144 Undang-Undang Malaysia AKTA 671