Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal
61. Pemberian lesen
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (3), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen.
(Dipotong oleh Akta A1406).
Dalam memberikan lesen, Suruhanjaya boleh—
menentukan dan memperihalkan aktiviti terkawal bagi lesen yang diberikan;
menentukan apa-apa syarat atau sekatan bagi lesen itu, yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya; atau
dalam hal Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal—
mengaitkan lesen itu kepada pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal yang menyokong permohonan lesen itu; dan
menyekat aktiviti terkawal lesen itu kepada aktiviti terkawal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal yang menyokong permohonan lesen itu.
Seseorang yang melanggar apa-apa syarat, atau sekatan dalam, suatu lesen melakukan suatu kesalahan.