Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada seksyen 273, Bank boleh, melalui suatu perintah secara bertulis, memecat pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan daripada jawatan atau pekerjaan dalam institusi sekiranya pada pendapat Bank bahawa pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu—
tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 69 dan gagal untuk berhenti memegang jawatan sedemikian atau bertindak dalam keupayaan sedemikian; atau
telah memungkiri, melanggar atau gagal mematuhi atau, melalui tindakan atau kecuaian, telah menyumbang kepada kemungkiran atau pelanggaran, atau ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan Akta ini, suatu arahan di bawah seksyen 168 atau suatu aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 270.
182 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII