Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan dalam institusi di bawah seksyen 174 hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu dan hendaklah terhenti daripada terlibat dengan perniagaan atau hal ehwal institusi itu.
Pemecatan pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan di bawah seksyen 174 adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam suatu kontrak perkhidmatan atau mana-mana perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama ada atau tidak dibuat atau diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan seorang yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan itu tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.
Kuasa untuk campur tangan dan tindakan remedi
Subpenggal 1 –Hal keadaan bagi melaksanakan campur tangan dan tindakan remedi
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII