Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

177. Hal keadaan bagi pelaksanaan kuasa Bank

Jika pada pendapat Bank bahawa mana-mana hal keadaan yang berikut wujud berkenaan dengan institusi:

(a)

institusi itu telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira tiada

Perkhidmatan Kewangan Islam 183

pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu;

(b)

institusi itu telah gagal mematuhi apa-apa arahan di bawah seksyen 168;

(c)

aset institusi itu tidak mencukupi bagi memberikan perlindungan yang memadai kepada pendepositnya, pemegang akaun pelaburannya, peserta takafulnya, pesertanya, penggunanya atau pemiutangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(d)

modal institusi itu telah mencapai suatu tahap atau merosot dengan cara yang boleh memberi kesan yang memudaratkan pendepositnya, pemegang akaun pelaburannya, peserta takafulnya, pesertanya, penggunanya, pemiutangnya atau orang awam secara am;

(e)

institusi itu telah menjadi atau berkemungkinan untuk menjadi tidak solven atau berkemungkinan untuk menjadi tidak berupaya untuk memenuhi semua atau mana-mana obligasinya; atau

(f)

apa-apa hal ehwal keadaan lain yang wujud berkenaan dengan institusi itu yang boleh menjejaskan secara material kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, peserta, pengguna atau pemiutang institusi itu atau pemunya apa-apa aset di bawah pentadbiran orang berlesen itu, termasuk jika prosiding di bawah suatu undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan telah dimulakan di Malaysia atau tempat lain berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan institusi itu, termasuk syarikat pemegangan kewangannya,

Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah Penggal ini atau

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules