Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada seksyen 273, jika apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan institusi, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, melalui perintah secara bertulis, mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaannya dan hal ehwalnya atau melantik mana-mana orang untuk berbuat sedemikian bagi pihak Bank.
Terma dan syarat orang yang dilantik hendaklah diputuskan oleh Bank.
Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1) atau dibatalkan di bawah subseksyen 180(1), Bank hendaklah—
memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan
memberi notis permulaan pengambilalihan kawalan di bawah subseksyen (1), atau pembatalan perintah secara bertulis di bawah subseksyen 180(1), seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian di Malaysia, satu daripada surat khabar itu dalam bahasa kebangsaan.
Perkhidmatan Kewangan Islam 185
Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan orang yang dilantik, hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII