Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
235. Section 235
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—
pada penutupan penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripada penyiasatan itu; atau
dengan mendapat kebenaran bertulis terdahulu Bank pada bila-bila masa sebelum penyiasatan ditutup, melepaskan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau dipindah olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain di bawah Bahagian ini, kepada mana-mana orang yang diputuskannya berhak menurut undang-undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, data, buku, dokumen atau maklumat sekiranya dia berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah
Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat itu yang menjalankan apa-apa pelepasan mana-mana harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1)
berkenaan dengan pelepasan itu dengan menentukan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.
Jika seorang pegawai penyiasat tidak dapat mengesan orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu, pegawai penyiasat itu hendaklah menyebabkan untuk disiarkan suatu notis di laman sesawang Bank meminta mana-mana orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu untuk menuntut harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Perkhidmatan Kewangan Islam 233
Jika tiada tuntutan dibuat apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis itu yang disiarkan di bawah subseksyen (3), pegawai penyiasat itu hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada mahkamah mengenai pelupusan harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu.
Mahkamah apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (4) dan setelah berpuas hati bahawa orang di bawah subseksyen (1) yang berhak menurut undang-undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu tidak dapat dikesan hendaklah memerintahkan yang sama itu untuk dilucut hak atau dilupuskan oleh
Bank mengikut perintah yang dibuat oleh mahkamah itu.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII