Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
234. Section 234
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan penyiasatan atau penggeledahannya, hendaklah—
menyediakan dan menandatangani suatu senarai semua harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita; dan
menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dijumpai atau diperoleh.
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen 232(1)
atau seksyen 233 semasa penyiasatan itu, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap masa dibenarkan untuk hadir sepanjang penggeledahan itu, menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang telah disiapkan dan ditandatangani atau diletakkan cap ibu jari di bawah seksyen ini.
Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu di bawah subseksyen (2) enggan menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan namanya atas senarai geledah itu, hakikat dan sebab keengganan berbuat demikian, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi penghuni itu.
232 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Pelepasan harta yang disita, dsb.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII