Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
232. Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita dengan waran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika ternyata pada seorang Majistret, atas maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi melakukan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan sekiranya perlu dengan kekerasan.
Suatu waran di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penyiasat itu untuk—
Perkhidmatan Kewangan Islam 229
masuk ke dalam mana-mana premis dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat;
mempunyai akses untuk, memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada, mana-mana komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian, termasuk akses kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau mempunyai akses untuk, memeriksa atau menyemak operasi mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;
mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian;
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu, tertakluk pada seksyen 236, dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk membantu pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang dijumpai pada orang itu;
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas, termasuk mengakses komputer;
atau
memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana kenderaan.
Seorang pegawai penyiasat boleh sekiranya perlu untuk berbuat demikian—
230 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau halangan lain kepada premis itu, untuk memasuki ke dalam premis itu;
masuk dengan kekerasan premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;
memindah dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; atau
menahan, tertakluk pada seksyen 236, mana-mana orang yang dijumpai dalam mana-mana premis, atau apa-apa kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1)
sehingga premis atau kenderaan itu selesai digeledah.
Seorang pegawai penyiasat hendaklah bagi maksud seksyen ini disediakan dengan kata laluan yang perlu, kod enskripsi, kod diskripsi, perisian atau perkakasan dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.
Apa-apa output komputer, data, buku, dokumen, maklumat atau penyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang yang bertentangan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII