Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti

236. Pemeriksaan atas orang

(1)

Seorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai ada pada dirinya apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, atau artikel lain yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Bagi maksud suatu pemeriksaan atas seseorang di bawah subseksyen (1), seksyen 232 atau 233, seorang pegawai penyiasat boleh, tertakluk pada peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], menahan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan, dan boleh memindahkannya ke dalam jagaan di mana-mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.

(3)

Seorang pegawai penyiasat yang melakukan suatu pemeriksaan atas orang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat atau artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.

234 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(4)

Apa-apa pemeriksaan atas seseorang yang dijalankan di bawah

Bahagian ini hendaklah menurut peruntukan dalam Kanun Tatacara

Jenayah.

(5)

Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh orang yang sama jantinanya, dan pemeriksaan itu hendaklah dilakukan dengan penuh kesopanan.

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules