Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
37. Pemberitahuan mengenai keengganan untuk mematuhi permintaan pembetulan data
Feedback & supportJika seseorang pengawal data yang menurut seksyen 36
enggan untuk mematuhi permintaan pembetulan data di bawah seksyen 34, dia hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan pembetulan data itu, melalui notis bertulis, memaklumkan peminta itu—
mengenai keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu; dan
jika perenggan 36(1)(e) terpakai, mengenai nama dan alamat pengawal data lain yang berkenaan.
Perlindungan Data Peribadi 43
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan merupakan suatu penyataan pendapat dan pengawal data itu tidak berpuas hati bahawa penyataan pendapat itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, pengawal data itu hendaklah—
membuat suatu catatan, sama ada dilampirkan pada data peribadi itu atau di tempat lain—
mengenai perkara yang berkenaan dengannya penyataan pendapat itu dianggap oleh peminta sebagai tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini; dan
dalam apa-apa cara supaya data peribadi itu tidak dapat digunakan oleh mana-mana orang tanpa catatan itu dibawa kepada perhatian dan tersedia untuk pemeriksaan oleh orang itu; dan
melampirkan suatu salinan catatan itu pada notis yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubung dengan permintaan pembetulan data itu.
Dalam seksyen ini, “penyataan pendapat” termasuklah suatu kenyataan fakta yang tidak dapat ditentusahkan atau dalam segala hal keadaan mengenai hal itu penentusahannya tidak dapat dilaksanakan.
Seseorang pengawal data yang melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.