Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English
Contents

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

36. Hal keadaan yang pengawal data boleh enggan mematuhi permintaan pembetulan data

Feedback & support
(1)

Seseorang pengawal data boleh enggan untuk mematuhi permintaan pembetulan data di bawah seksyen 34 jika—

(a)

pengawal data itu tidak diberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan munasabah olehnya—

(i)

untuk memuaskan hatinya tentang identiti peminta itu; atau

(ii)

jika peminta itu menuntut bahawa dia ialah seorang yang berkaitan, untuk memuaskan hatinya—

(A)

tentang identiti subjek data yang berhubung dengannya peminta itu menuntut bahawa dia ialah seorang yang berkaitan itu;

dan

(B)

bahawa peminta itu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan subjek data itu;

(b)

pengawal data itu tidak diberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan munasabah olehnya untuk menentukan bagaimana data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini;

Undang-Undang Malaysia 42

(c)

pengawal data itu tidak berpuas hati bahawa data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini;

(d)

pengawal data itu tidak berpuas hati bahawa pembetulan yang menjadi subjek permintaan pembetulan data itu adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan atau terkini;

atau

(e)

tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana pengawal data lain mengawal pemprosesan data peribadi yang dengannya permintaan pembetulan data itu adalah berhubungan dengan apa-apa cara yang melarang pengawal data yang mula-mula disebut itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, permintaan pembetulan data itu.

(2)

Perenggan (1)(e) tidak boleh berkuat kuasa sehingga membenarkan pengawal data untuk tidak mematuhi subseksyen 35(1)

berhubung dengan permintaan pembetulan data itu ke apa-apa takat yang pengawal data itu dapat mematuhi subseksyen itu tanpa melanggar larangan yang berkenaan.

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan