Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English
Contents

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

39. Takat penzahiran data peribadi

Feedback & support

Walau apa pun seksyen 8, data peribadi seseorang subjek data boleh dizahirkan oleh seorang pengawal data bagi apa-apa maksud selain maksud yang baginya data peribadi itu sepatutnya dizahirkan pada masa pengumpulannya atau apa-apa maksud lain yang berkaitan secara langsung dengan maksud itu, hanya di bawah hal keadaan yang berikut:

(a)

subjek data itu telah memberikan persetujuannya bagi penzahiran itu;

(b)

penzahiran itu—

(i)

perlu bagi maksud mencegah atau mengesan suatu jenayah, atau bagi maksud penyiasatan; atau

(ii)

dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh perintah suatu mahkamah;

(c)

pengawal data bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia ada hak di sisi undang-undang untuk menzahirkan data peribadi itu kepada orang lain itu;

(d)

pengawal data bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia akan mendapat persetujuan subjek data jika subjek data itu mengetahui tentang penzahiran data peribadi itu dan hal keadaan mengenai penzahiran itu;

atau

(e)

penzahiran itu berjustifikasi oleh sebab ia berkepentingan awam dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Menteri.

Perlindungan Data Peribadi 45

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan