Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English
Contents

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

41. Pengumpulan data peribadi secara berulang dalam hal keadaan yang sama

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pengawal data—

(a)

telah mematuhi peruntukan Prinsip Notis dan Pilihan di bawah seksyen 7 berkenaan dengan pengumpulan data peribadi daripada subjek data, disebut “pengumpulan yang pertama”; dan

(b)

pada bila-bila masa kemudiannya mengumpulkan sekali lagi data peribadi daripada subjek data itu, disebut

“pengumpulan yang berikutnya”, pengawal data itu tidak dikehendaki untuk mematuhi peruntukan

Prinsip Notis dan Pilihan berkenaan dengan pengumpulan yang berikutnya jika—

(A)

untuk mematuhi peruntukan itu berkenaan dengan pengumpulan yang berikutnya akan menyebabkan pengulangan, dalam hal keadaan yang sama, apa yang telah dilakukan untuk mematuhi prinsip itu berkenaan dengan pengumpulan yang pertama; dan

(B)

tidak lebih daripada dua belas bulan telah berlalu antara pengumpulan yang pertama dengan pengumpulan yang berikutnya.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa untuk menghalang pengumpulan yang berikutnya menjadi pengumpulan yang pertama jika pengawal data yang berkenaan telah mematuhi peruntukan

Prinsip Notis dan Pilihan berkenaan dengan pengumpulan yang berikutnya.

Undang-Undang Malaysia 48

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan