Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English
Contents

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

40. Pemprosesan data peribadi sensitif

Feedback & support

In plain English

A data user must not process a person's sensitive personal data except under certain conditions. These include the person's explicit consent, or a need tied to employment duties, medical purposes, legal proceedings or protecting vital interests. Breaking this rule is an offence, with a fine not exceeding two hundred thousand ringgit, imprisonment not exceeding two years, or both.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan seksyen 5, seseorang pengawal data tidak boleh memproses apa-apa data peribadi sensitif seorang subjek data kecuali mengikut syarat yang berikut:

(a)

subjek data telah memberikan persetujuannya secara nyata bagi pemprosesan data peribadi itu;

(b)

pemprosesan itu perlu—

(i)

bagi maksud menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak atau obligasi yang diberikan atau dikenakan oleh undang-undang terhadap pengawal data yang berkaitan dengan pengambilan kerja;

(ii)

untuk melindungi kepentingan vital subjek data atau orang lain, dalam hal jika—

(A)

persetujuan tidak dapat diberikan oleh atau bagi pihak subjek data itu; atau

(B)

pengawal data tidak boleh semunasabahnya dijangka untuk mendapat persetujuan subjek data itu;

(iii)

untuk melindungi kepentingan vital orang lain, dalam hal jika persetujuan oleh atau bagi pihak subjek data telah tidak diberikan dengan semunasabahnya;

(iv)

bagi maksud perubatan dan dilakukan oleh—

(A)

seorang profesional jagaan kesihatan;

atau

(B)

seseorang yang dalam hal keadaan itu mempunyai kewajipan kerahsiaan yang bersamaan dengan kewajipan kerahsiaan yang akan berbangkit jika orang itu merupakan seorang profesional jagaan kesihatan;

(v)

bagi maksud, atau yang berkaitan dengan, apa-apa prosiding undang-undang;

Undang-Undang Malaysia 46

(vi)

bagi maksud mendapatkan nasihat undang-undang;

(vii)

bagi maksud membuktikan, menjalankan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang;

(viii)

bagi pentadbiran keadilan;

(ix)

bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau

(x)

bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Menteri; atau

(c)

maklumat yang terkandung dalam data peribadi itu telah diumumkan kepada orang awam akibat langkah yang diambil dengan sengaja oleh subjek data.

(2)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan pemakaian subperenggan (1)(b)(i), (viii) atau (ix)

dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam perintah itu, atau memperuntukkan bahawa, dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam perintah itu, syarat dalam subperenggan (1)(b)(i), (viii)

atau (ix) tidak boleh dianggap sebagai dipenuhi melainkan jika apa-apa syarat tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu juga dipenuhi.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“maksud perubatan” termasuklah maksud perubatan pencegahan, diagnosis perubatan, penyelidikan perubatan, pemulihan dan penyediaan jagaan dan rawatan dan pengurusan perkhidmatan jagaan kesihatan;

“perkhidmatan jagaan kesihatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

Perlindungan Data Peribadi 47

“profesional jagaan kesihatan” ertinya pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan yang lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutikal dan apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain yang di bawah bidang kuasa Kementerian

Kesihatan.

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan