Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
42. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau distres
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), seorang subjek data boleh, pada bila-bila masa melalui notis bertulis kepada seorang pengawal data, disebut “notis subjek data”, menghendaki pengawal data pada penghujung apa-apa tempoh yang munasabah dalam hal keadaan itu, untuk—
memberhentikan pemprosesan atau pemprosesan bagi suatu maksud yang tertentu atau mengikut cara yang tertentu;
atau
tidak memulakan pemprosesan atau pemprosesan bagi suatu maksud yang tertentu atau mengikut cara yang tertentu, apa-apa data peribadi yang berkenaan dengannya dia merupakan subjek data jika, berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan olehnya—
pemprosesan data peribadi itu atau pemprosesan data peribadi bagi maksud itu atau mengikut cara itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan yang substansial atau distres yang substansial kepadanya atau kepada orang lain; dan
kerosakan atau distres itu adalah atau akan menjadi tidak wajar.
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
subjek data itu telah memberikan persetujuannya;
pemprosesan data peribadi itu perlu—
bagi melaksanakan suatu kontrak yang mengenainya subjek data itu merupakan suatu pihak;
bagi mengambil langkah, atas permintaan subjek data, dengan tujuan untuk membuat suatu kontrak;
Perlindungan Data Peribadi 49
bagi mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang mengenainya pengawal data itu merupakan subjek, selain suatu obligasi yang dikenakan oleh kontrak; atau
untuk melindungi kepentingan vital subjek data itu; atau
dalam apa-apa hal lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Pengawal data hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan notis subjek data di bawah subseksyen (1), memberi subjek data suatu notis bertulis—
yang menyatakan bahawa dia telah mematuhi atau berhasrat untuk mematuhi notis subjek data itu; atau
yang menyatakan sebab-sebab dia menganggap notis subjek data itu sebagai tidak berjustifikasi, atau ke apa-apa takat tidak berjustifikasi, dan takat, jika ada, yang dia telah mematuhi atau berhasrat untuk mematuhinya.
Jika subjek data itu tidak berpuas hati oleh sebab pengawal data tidak mematuhi notis subjek data, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, di bawah perenggan (3)(b), subjek data itu boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Pesuruhjaya untuk menghendaki pengawal data itu mematuhi notis subjek data itu.
Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa permohonan subjek data di bawah subseksyen (4) itu berjustifikasi atau berjustifikasi ke apa-apa takat, Pesuruhjaya boleh menghendaki pengawal data itu supaya mengambil apa-apa langkah bagi mematuhi notis subjek data itu.
Seseorang pengawal data yang tidak mematuhi kehendak
Pesuruhjaya di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 50