Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
43. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung
Feedback & supportIn plain English
A data subject may give written notice that their personal data must not be processed for direct marketing. The data subject may ask the commissioner to make a data user that ignores the notice comply. Ignoring the commissioner's order is an offence, with a fine of up to two hundred thousand ringgit, up to two years in prison, or both.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Seseorang subjek data boleh, pada bila-bila masa melalui notis bertulis kepada pengawal data, menghendaki pengawal data itu pada penghujung apa-apa tempoh yang munasabah dalam hal keadaan itu untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadinya bagi maksud pemasaran langsung.
Jika subjek data itu tidak berpuas hati oleh sebab pengawal data tidak mematuhi notis itu, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, di bawah subseksyen (1), subjek data itu boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Pesuruhjaya untuk menghendaki pengawal data itu mematuhi notis itu.
Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa permohonan subjek data di bawah subseksyen (2) itu berjustifikasi atau berjustifikasi ke apa-apa takat, Pesuruhjaya boleh menghendaki pengawal data itu supaya mengambil apa-apa langkah bagi mematuhi notis itu.
Seseorang pengawal data yang tidak mematuhi kehendak
Pesuruhjaya di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “pemasaran langsung” ertinya berkomunikasi dengan apa cara sekali pun mengenai apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang ditujukan kepada individu tertentu.
Hak kepada kemudahalihan data 43a. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), seseorang subjek data boleh meminta pengawal data untuk menghantar data peribadinya kepada pengawal data pilihannya yang lain secara langsung dengan memberikan suatu notis secara bertulis melalui cara elektronik kepada pengawal data itu.
Permintaan bagi kemudahalihan data yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk pada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data.
Perlindungan Data Peribadi 51
Apabila permintaan kemudahalihan data di bawah subseksyen (1) diterima, pengawal data hendaklah menyempurnakan penghantaran data peribadi itu dalam tempoh yang ditetapkan.