Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

98. Permohonan bagi pengeluaran perakuan syer

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat hendaklah, dalam masa enam puluh hari dari penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen 97(1), menghantar suatu perakuan syer kepada pemegang syer dengan menyatakan—

(a)

nama syarikat itu;

(b)

kelas syer yang dipegang oleh orang itu; dan

(c)

bilangan syer yang dipegang oleh orang itu.

(2)

Walau apa pun seksyen 104, jika suatu perakuan syer telah dikeluarkan, pemindahmilikan syer yang berkaitan dengan syer itu tidak boleh didaftarkan oleh syarikat melainkan jika borang bagi pemindahmilikan disertakan dengan perakuan syer yang berhubungan dengan syer itu atau dengan keterangan mengenai kehilangan atau kerosakannya dan, jika dikehendaki, apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 104.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (1), jika syer yang berhubung dengan perakuan syer itu hendak dipindah milik dan perakuan syer itu dihantar kepada syarikat untuk membolehkan pendaftaran pemindahmilikan dibuat, perakuan syer itu hendaklah dibatalkan dan tiada perakuan syer selanjutnya boleh dikeluarkan kecuali atas permintaan penerima pindahan.

(4)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules