160. Persetujuan orang yang mengeluarkan prospektus yang mengandungi pernyataannya
Feedback & supportSesuatu prospektus yang termasuk suatu pernyataan yang dikatakan berupa dibuat oleh seseorang pakar, atau yang menjadi asas
Syarikat 203
kepada pernyataan yang dibuat oleh orang itu tidak boleh dikeluarkan melainkan jika—
orang itu telah memberikan persetujuan bertulisnya untuk mengeluarkan prospektus itu dengan pernyataan yang dibuat dalam bentuk dan konteks yang persetujuan itu dimasukkan dan tidak menarik balik persetujuan itu sebelum tarikh pengeluaran prospektus itu; dan
terdapat dalam prospektus itu suatu pernyataan bahawa orang itu telah memberikan dan tidak menarik balik persetujuannya.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu pernyataan yang merupakan cabutan daripada suatu pernyataan rasmi atau apa-apa pernyataan lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar.
Jika mana-mana prospektus dikeluarkan yang melanggar seksyen ini, perbadanan itu dan tiap-tiap orang yang dengan diketahuinya menjadi suatu pihak kepada pengeluaran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Pelepasan daripada kehendak mengenai bentuk dan kandungan prospectus