Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

159. Section 159

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap prospektus yang dikeluarkan di bawah

Subpenggal ini hendaklah mematuhi kehendak yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan prospektus yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama.

(2)

Jika suatu prospektus yang berhubungan dengan mana-mana syer atau debentur bagi suatu perbadanan dikeluarkan dan prospektus itu tidak mematuhi seksyen ini, setiap pengarah perbadanan itu dan orang lain yang bertanggungjawab bagi prospektus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

202 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(3)

Sekiranya berlaku ketidakpatuhan atau pelanggaran seksyen ini, seseorang pengarah atau orang lain yang bertanggungjawab bagi prospektus itu tidak boleh menanggung apa-apa liabiliti oleh sebab ketidakpatuhan atau pelanggaran itu, jika—

(a)

berkenaan dengan apa-apa perkara yang tidak dizahirkan, pengarah atau orang lain itu membuktikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang ketidakpatuhan atau pelanggaran itu;

(b)

pengarah atau orang lain itu membuktikan bahawa ketidakpatuhan atau pelanggaran itu terjadi daripada suatu kesilapan yang jujur di pihaknya mengenai fakta itu; atau

(c)

ketidakpatuhan atau pelanggaran itu adalah berkenaan dengan perkara yang pada pendapat Mahkamah yang mengendalikan kes itu adalah tidak material atau yang selainnya, pada pendapat Mahkamah itu adalah munasabah untuk dimaafkan setelah mengambil kira semua hal keadaan kes.

(4)

Suatu syarat yang menghendaki atau mengikat seseorang pemohon bagi syer atau debentur sesuatu perbadanan untuk menepikan pematuhan mana-mana kehendak seksyen ini, atau yang berupa sebagai mempengaruhi pemohon dengan notis apa-apa dokumen kontrak atau perkara yang tidak disebut secara khusus dalam prospektus itu adalah tidak sah.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan atau mengurangkan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh mana-mana orang dalam mana-mana peruntukan yang lain di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules