Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

157. Menyimpan dokumen yang berhubungan dengan prospektus

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan—

(a)

apa-apa persetujuan yang dikehendaki di bawah seksyen 160 berhubung dengan pengeluaran prospektus; dan

(b)

tiap-tiap kontrak material atau dokumen yang disebut dalam prospektus itu, disimpan di pejabat berdaftar perbadanan itu di Malaysia, dan jika tidak mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia, di alamat yang dinyatakan dalam prospektus bagi maksud itu, dalam masa tiga hari selepas pendaftaran prospektus itu.

(2)

Perbadanan hendaklah menyimpan suatu salinan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar bagi pemeriksaan oleh mana-mana orang tanpa bayaran.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules