Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

163. Iklan tertentu disifatkan sebagai prospektus

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap iklan yang menawarkan atau meminta perhatian terhadap suatu tawaran atau tawaran yang dicadangkan kepada orang awam berkenaan dengan syer atau debentur hendaklah disifatkan sebagai prospektus melainkan jika ia—

(a)

hanya mengandungi maklumat yang berikut:

(i)

bilangan dan perihalan syer atau debentur yang berkenaan;

(ii)

nama dan tarikh pendaftaran perbadanan dan modal syer berbayarnya;

(iii)

suatu pernyataan yang ringkas dan padat mengenai jenis am perniagaan utama atau perniagaan utama perbadanan yang dicadangkan;

(iv)

nama, alamat dan pekerjaan pengarah atau pengarah yang dicadangkan, broker atau penaja jamin bagi

206 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

keluaran itu dan dalam hal suatu debentur, pemegang amanah bagi pemegang debentur itu;

(v)

nama bursa saham yang broker atau penaja jamin bagi keluaran itu menjadi anggota; dan

(vi)

butir-butir mengenai tarikh pembukaan dan penutupan tawaran dan masa serta tempat yang padanya salinan penuh prospektus dan borang permohonan bagi saham atau debentur itu boleh diperoleh; dan

(b)

menyatakan bahawa permohonan bagi syer atau debentur itu akan diteruskan hanya dalam satu daripada borang permohonan yang disebutkan, dan dilampirkan dengan suatu salinan bercetak prospektus itu.

(2)

Suatu pernyataan dalam iklan yang, atau bagi maksud itu yang, iklan itu bukan merupakan suatu prospektus tidak akan menjejaskan kuat kuasa seksyen ini.

(3)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi iklan yang disiarkan atau disebarkan di Malaysia melalui surat khabar, penyiaran, televisyen, wayang gambar atau apa-apa cara lain.

(4)

Jika suatu iklan itu disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen (1), peruntukan di bawah Subpenggal ini berkaitan dengan kandungan prospektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan palsu atau mengelirukan dan peninggalan material hendaklah terpakai dan mempunyai kesan sewajarnya.

(5)

Jika—

(a)

suatu iklan menawarkan atau meminta perhatian terhadap suatu tawaran atau tawaran yang dicadangkan bagi syer atau debentur suatu perbadanan atau perbadanan yang dicadangkan kepada orang awam bagi langganan atau pembelian, disiarkan atau disebarkan;

(b)

orang yang menyiarkan atau menyebarkan iklan itu sebelum berbuat sedemikian, mendapatkan suatu perakuan yang

Syarikat 207

ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua pengarah perbadanan, atau dua pengarah yang dicadangkan bagi perbadanan yang dicadangkan, bahawa iklan yang dicadangkan itu ialah iklan yang tidak akan disifatkan sebagai suatu prospektus menurut kuasa subseksyen (1); dan

(c)

iklan itu bukan suatu iklan yang secara jelas boleh disifatkan sebagai suatu prospektus menurut subseksyen itu, hanya perbadanan itu dan tiap-tiap orang yang menandatangani perakuan itu boleh disifatkan sebagai orang yang menyiarkan atau menyebarkan iklan itu.

(6)

Mana-mana orang yang telah mendapatkan suatu perakuan yang disebut dalam perenggan (5)(b) hendaklah dengan segera menghantar serah perakuan itu kepada Pendaftar apabila diminta oleh Pendaftar.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

(8)

Jika suatu iklan yang disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen (1) tidak mematuhi kehendak Akta ini mengenai prospektus, orang yang menyiarkan atau menyebarkan iklan itu, dan tiap-tiap pegawai perbadanan yang berkenaan, atau orang lain, yang dengan diketahuinya membenarkan atau mengizinkan penyiaran atau penyebaran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

(9)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan atau mengurangkan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh mana-mana orang dalam mana-mana peruntukan yang lain di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

208 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules