164. Dokumen yang mengandungi tawaran syer untuk jualan disifatkan sebagai prospectus
Feedback & supportJika suatu perbadanan mengumpukkan atau bersetuju untuk mengumpukkan kepada mana-mana orang apa-apa syer atau debentur perbadanan itu dengan tujuan supaya kesemua atau mana-mana syernya ditawarkan untuk jualan kepada orang awam, apa-apa dokumen bagi tawaran untuk jualan kepada orang awam itu hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh perbadanan itu.
Jika dokumen itu disifatkan sebagai prospektus bagi maksud subseksyen (1), peruntukan di bawah Subpenggal ini mengenai kandungan prospektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan dan peninggalan yang material hendaklah terpakai dan berkuat kuasa sewajarnya seolah-olah—
syer atau debentur itu telah ditawarkan kepada orang awam;
dan
orang yang menerima tawaran berkenaan dengan mana-mana syer atau debentur itu ialah pelanggan, tetapi tanpa menjejaskan liabiliti itu, jika ada, orang yang kepadanya tawaran itu dibuat berkenaan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan dan peninggalan yang material dalam dokumen itu atau selainnya.
Melainkan jika dibuktikan sebaliknya, suatu pengumpukan atau suatu persetujuan untuk mengumpukkan syer atau debentur yang dibuat dengan tujuan untuk syer atau debentur itu ditawarkan untuk jualan kepada orang awam boleh menjadi keterangan jika ia menunjukkan—
bahawa suatu tawaran bagi syer atau debentur atau bagi mana-mana bahagian syer atau debentur untuk jualan kepada orang awam itu dibuat dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau persetujuan untuk mengumpukkan itu; atau
Syarikat 209
pada tarikh tawaran itu dibuat keseluruhan balasan yang akan diterima oleh perbadanan itu berkenaan dengan syer atau debentur itu telah tidak diterima.
Peruntukan Subpenggal ini yang berhubungan dengan prospektus hendaklah mempunyai kesan seolah-olah orang yang membuat tawaran di bawah seksyen ini ialah orang yang dinamakan dalam prospektus itu sebagai pengarah perbadanan.
Sebagai tambahan kepada kehendak lain dalam Subpenggal ini, dokumen yang membuat tawaran itu hendaklah menyatakan—
amaun bersih balasan yang diterima atau yang akan diterima oleh perbadanan itu berkenaan dengan syer atau debentur yang berhubung dengan tawaran itu; dan
tempat dan masa yang salinan kontrak yang di bawahnya syer atau debentur itu telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa.
Jika suatu tawaran yang berhubung dengan seksyen ini dibuat oleh sesuatu perbadanan atau firma, mencukupi jika dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) ditandatangani bagi pihak perbadanan atau firma itu oleh dua pengarah perbadanan atau oleh tidak kurang daripada setengah anggota firma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mana-mana pengarah atau anggota itu boleh memberi kuasa secara bertulis kepada ejennya untuk menandatangani bagi pihaknya.
Memorandum maklumat disifatkan sebagai prospektus