Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

161. Section 161

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang yang dikehendaki untuk mematuhi subseksyen 154(1), melepaskan orang itu atau meluluskan apa-apa perubahan daripada kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan prospektus.

(2)

Dalam memberikan pelepasan atau meluluskan perubahan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

(3)

Pendaftar tidak boleh memberikan pelepasan atau meluluskan perubahan di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia telah

204 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

menimbangkan jenis dan tujuan perbadanan dan berpuas hati bahawa—

(a)

pelepasan atau perubahan itu tidak menyebabkan ketidakzahiran kepada orang awam mengenai maklumat yang perlu bagi penilaian pelaburan bagi syer atau debentur perbadanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

pematuhan kepada kehendak itu, yang baginya apa-apa pelepasan atau perubahan terpakai, akan menjadi beban yang tidak munasabah kepada pemohon.

(4)

Suatu prospektus hendaklah disifatkan mematuhi semua kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan prospektus jika prospektus itu dikeluarkan dengan mematuhi subseksyen (1).

Memegang simpan langganan berlebihan dalam keluaran debenture

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules