Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

162. Section 162

Feedback & support
(1)

Sesuatu perbadanan tidak boleh menerima atau memegang simpan langganan bagi suatu keluaran debentur yang melebihi amaun keluaran yang dizahirkan dalam prospektus melainkan jika perbadanan itu telah menyatakan dalam prospektus itu—

(a)

bahawa perbadanan itu dengan nyata merizabkan hak untuk menerima atau memegang simpan langganan berlebihan itu;

dan

(b)

suatu had yang dinyatakan sebagai jumlah wang tertentu atas amaun langganan berlebihan itu yang boleh diterima atau dipegang simpan menjadi suatu amaun yang tidak lebih daripada dua puluh lima peratus melebihi amaun keluaran itu yang dizahirkan dalam prospektus itu.

(2)

Tertakluk pada Jadual Pertama, jika suatu perbadanan menyatakan dalam suatu prospektus yang berhubungan dengan keluaran debentur bahawa perbadanan itu merizabkan hak untuk menerima atau memegang simpan langganan berlebihan—

Syarikat 205

(a)

perbadanan itu tidak boleh membuat, membenarkan atau mengizinkan apa-apa pernyataan atau sebutan mengenai sandaran aset bagi keluaran yang dibuat atau yang terkandung dalam mana-mana prospektus yang berhubungan dengan keluaran itu, selain pernyataan atau sebutan mengenai jumlah aset ketara dan jumlah liabiliti perbadanan itu dan perbadanan penjaminnya; dan

(b)

prospektus itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan atau sebutan mengenai kesan kepada jumlah aset dan jumlah liabiliti perbadanan itu jika langganan berlebihan setakat had yang dinyatakan dalam prospektus itu diterima atau dipegang simpan.

(3)

Perbadanan yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules