Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
215. Pergantungan pada maklumat yang diberikan oleh orang lain
Feedback & supportSeseorang pengarah semasa menjalankan kewajipannya sebagai pengarah boleh bergantung kepada maklumat, nasihat profesional atau pakar, pendapat, laporan atau pernyataan termasuk penyata kewangan dan data kewangan lain, yang disediakan, diserahkan atau dibuat oleh—
mana-mana pegawai syarikat yang pengarah itu mempercayai atas alasan yang munasabah sebagai boleh diharapkan dan berwibawa berhubung dengan perkara berkenaan;
bagi perkara yang melibatkan kemahiran atau kepakaran, mana-mana orang lain yang dikekalkan oleh syarikat berhubung dengan perkara yang pengarah itu mempercayai atas alasan yang munasabah sebagai tergolong dalam kewibawaan profesional dan kepakaran orang itu;
seorang pengarah yang lain berhubung dengan perkara dalam kuasa pengarah itu; atau
mana-mana jawatankuasa kepada lembaga pengarah yang pengarah itu tidak berkhidmat berhubung dengan perkara dalam kuasa jawatankuasa itu.
268 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Pergantungan pengarah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
disifatkan dilakukan atas alasan yang munasabah jika ia dilakukan—
dengan suci hati; dan
selepas membuat suatu penilaian bebas mengenai maklumat atau nasihat, pendapat, laporan atau pernyataan, termasuk penyata kewangan dan data kewangan lain, dengan mengambil kira pengetahuan pengarah tentang syarikat serta kerumitan struktur dan pengendalian syarikat.