Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
432. Cara penggulungan
Feedback & support(1)
Penggulungan sesuatu syarikat boleh dilaksanakan sama ada—
(a)
melalui suatu perintah penggulungan yang dibuat oleh
Mahkamah; atau
(b)
melalui suatu penggulungan sukarela.
Syarikat 507
(2)
Suatu penggulungan sukarela boleh dilaksanakan melalui ketetapan sama ada—
(a)
melalui penggulungan sukarela anggota jika syarikat adalah solven dan penyelesai dilantik oleh anggota dalam mesyuarat anggota; atau
(b)
melalui penggulungan sukarela pemiutang jika syarikat tidak solven dan penyelesai dilantik oleh pemiutang dalam mesyuarat pemiutang.