Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

450. Penyelesai dalam penggulungan sukarela pemiutang

Feedback & support
(1)

Syarikat hendaklah dan pemiutang boleh dalam mesyuarat masing-masingnya menamakan seseorang sebagai penyelesai bagi maksud penggulungan hal ehwal dan pembahagian aset syarikat.

(2)

Jika pemiutang dan syarikat itu menamakan orang yang berlainan, orang yang dinamakan oleh pemiutang hendaklah menjadi penyelesai dan jika tiada orang dinamakan oleh pemiutang, orang yang dinamakan oleh syarikat hendaklah menjadi penyelesai.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika orang yang berlainan dinamakan, mana-mana pengarah, anggota atau pemiutang boleh memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah yang mengarahkan supaya orang yang dinamakan sebagai penyelesai oleh syarikat hendaklah menjadi penyelesai atau bersesama dengan orang yang dinamakan oleh pemiutang dalam masa tujuh hari dari tarikh penamaan itu dibuat oleh pemiutang.

(4)

Penyelesai boleh, atau, jika diminta oleh mana-mana pemiutang atau penyumbang hendaklah, memanggil mesyuarat pemiutang dan penyumbang yang berasingan bagi maksud menentukan sama ada pemiutang atau penyumbang memerlukan pelantikan suatu jawatankuasa pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam

Jadual Kesepuluh atau tidak, untuk bertindak dengan penyelesai, dan jika sedemikian siapa yang patut menjadi anggota jawatankuasa itu.

524 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(5)

Jawatankuasa pemeriksaan, atau jika tiada jawatankuasa sedemikian, pemiutang boleh menetapkan saraan untuk dibayar kepada penyelesai.

(6)

Selepas pelantikan seorang penyelesai, segala kuasa pengarah hendaklah terhenti, kecuali jika penerusan kuasa itu diluluskan oleh—

(a)

jawatankuasa pemeriksaan; atau

(b)

jika tiada jawatankuasa sedemikian, pemiutang.

(7)

Jika seseorang penyelesai, selain penyelesai yang dilantik oleh atau melalui arahan Mahkamah mati, meletakkan jawatan atau selainnya mengosongkan jawatan, pemiutang boleh mengisi kekosongan itu dan bagi maksud sedemikian suatu mesyuarat pemiutang boleh dipanggil oleh mana-mana dua daripada pemiutang.

Harta dan prosiding

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules