Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
449. Mesyuarat pemiutang
Feedback & supportSyarikat hendaklah menyebabkan suatu mesyuarat pemiutang syarikat dipanggil pada hari itu, atau hari yang berikutnya yang hendaklah diadakan mesyuarat yang dalamnya ketetapan bagi penggulungan sukarela akan dicadangkan.
Jika mesyuarat pemiutang dipanggil di bawah subseksyen (1), syarikat hendaklah menyebabkan notis tentang mesyuarat pemiutang itu dihantar melalui pos kepada pemiutang serentak dengan penghantaran notis tentang mesyuarat syarikat.
Syarikat hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa dan di tempat yang mudah bagi majoriti daripada nilai pemiutang dan hendaklah—
memberikan notis melalui pos tentang mesyuarat itu kepada pemiutang sekurang-kurangnya tujuh hari genap; dan 522 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
menghantar kepada setiap pemiutang berserta notis mesyuarat itu, suatu pernyataan yang menunjukkan nama semua pemiutang dan amaun tuntutan mereka.
Syarikat hendaklah menyebabkan notis tentang mesyuarat pemiutang diiklankan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris.
Pengarah syarikat hendaklah—
menyebabkan suatu pernyataan lengkap tentang hal ehwal syarikat yang menunjukkan berkenaan dengan aset, kaedah dan cara penilaian aset itu dijalankan, bersama-sama dengan suatu senarai pemiutang dan anggaran amaun tuntutan mereka dibentangkan di hadapan mesyuarat pemiutang; dan
melantik seorang daripada pengarah untuk menghadiri mesyuarat itu.
Pengarah yang dilantik sedemikian di bawah perenggan 5(b)
dan setiausaha hendaklah menghadiri mesyuarat dan menzahirkan kepada mesyuarat hal ehwal syarikat dan hal keadaan yang membawa kepada penggulungan yang dicadangkan.
Pemiutang boleh melantik seorang daripada pemiutang atau pengarah yang dilantik di bawah perenggan (5)(b) untuk mempengerusikan mesyuarat.
Pengerusi hendaklah, dalam mesyuarat, menentukan sama ada mesyuarat itu telah diadakan pada masa dan di tempat yang mudah bagi majoriti daripada nilai pemiutang dan keputusannya adalah muktamad.
Jika pengerusi memutuskan bahawa mesyuarat tidak diadakan pada masa dan di tempat yang mudah bagi majoriti itu, mesyuarat itu hendaklah luput dan suatu mesyuarat selanjutnya hendaklah dipanggil oleh syarikat dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
Syarikat 523
Jika mesyuarat syarikat ditangguhkan dan ketetapan bagi penggulungan diluluskan dalam suatu mesyuarat yang ditangguhkan, apa-apa ketetapan yang diluluskan dalam mesyuarat pemiutang hendaklah mempunyai kesan seolah-olah ketetapan itu telah diluluskan sebaik selepas ketetapan bagi penggulungan itu diluluskan.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.