Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

447. Kewajipan penyelesai untuk memanggil mesyuarat dalam hal ketidaksolvenan

Feedback & support
(1)

Jika penyelesai berpendapat bahawa syarikat tidak mampu untuk membayar atau memperuntukkan bayaran hutangnya dengan sepenuhnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam pengisytiharan yang dibuat dibawah seksyen 443, penyelesai hendaklah dengan serta-merta memanggil suatu mesyuarat pemiutang dan membentangkan di hadapan mesyuarat itu suatu pernyataan tentang aset dan liabiliti syarikat dan notis yang memanggil mesyuarat itu hendaklah menarik perhatian pemiutang kepada hak yang diberikan kepada pemiutang oleh subseksyen (2).

520 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(2)

Pemiutang boleh, dalam mesyuarat yang dipanggil di bawah subseksyen (1), melantik—

(a)

penyelesai yang dilantik oleh syarikat; atau

(b)

mana-mana orang lain sebagai penyelesai, bagi maksud penggulungan hal ehwal dan pembahagian aset syarikat.

(3)

Apabila suatu mesyuarat pemiutang diadakan di bawah subseksyen (1), penggulungan hendaklah diteruskan selepas itu seolah-olah penggulungan itu ialah suatu penggulungan sukarela pemiutang.

(4)

Penyelesai atau jika mana-mana orang lain telah dilantik oleh pemiutang sebagai penyelesai, orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar dan dengan Pegawai

Penerima suatu notis yang mengandungi maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam masa tujuh hari dari mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (1).

(5)

Jika sesuatu penggulungan sukarela anggota menjadi suatu penggulungan sukarela pemiutang, dan mesyuarat pemiutang di bawah subseksyen (3) diadakan tiga bulan atau kurang sebelum akhir tahun pertama dari permulaan penggulungan itu, penyelesai tidak dikehendaki oleh seksyen ini untuk memanggil suatu mesyuarat pemiutang pada akhir tahun itu jika penyelesai itu merupakan penyelesai yang dilantik oleh syarikat.

(6)

Penyelesai atau orang yang dilantik sebagai penyelesai oleh pemiutang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Syarikat 521

Penukaran kepada penggulungan sukarela pemiutang

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules