Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

443. Pengisytiharan kesolvenan

Feedback & support
(1)

Jika dicadangkan untuk menggulung sesuatu syarikat secara sukarela, pengarah atau dalam hal sesuatu syarikat yang mempunyai lebih daripada satu pengarah, majoriti pengarah boleh—

(a)

membuat suatu pengisytiharan bertulis yang menyatakan bahawa pengarah itu telah membuat siasatan tentang hal ehwal syarikat itu; dan

(b)

dalam suatu mesyuarat pengarah, memberikan pendapat bahawa syarikat itu boleh membayar hutangnya dengan sepenuhnya dalam tempoh tidak melebihi dua belas bulan selepas permulaan penggulungan.

Syarikat 517

(2)

Pengisytiharan dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pengarah sebelum tarikh notis tentang mesyuarat yang dalamnya ketetapan bagi penggulungan syarikat akan dicadangkan dihantar kepada anggota sesuatu syarikat.

(3)

Suatu pernyataan tentang hal ehwal syarikat hendaklah terikat dengan pengisytiharan yang mengandungi butir-butir yang disediakan sehingga tarikh terakhir yang dapat dilaksanakan sebelum pengisytiharan itu dibuat seperti yang berikut:

(a)

aset syarikat, dan jumlah keseluruhan amaun yang dijangka diperoleh;

(b)

liabiliti syarikat; dan

(c)

anggaran perbelanjaan bagi penggulungan.

(4)

Pengisytiharan yang dibuat oleh pengarah tidak mempunyai apa-apa kesan bagi maksud Akta ini melainkan jika pengisytiharan itu—

(a)

dibuat dalam mesyuarat pengarah yang disebut dalam subseksyen (1);

(b)

dibuat dalam masa lima minggu sebaik sebelum ketetapan bagi penggulungan sukarela diluluskan; dan

(c)

diserah simpan dengan Pendaftar sebelum tarikh notis tentang mesyuarat yang dalamnya ketetapan bagi penggulungan syarikat akan dicadangkan dihantar kepada anggota syarikat.

(5)

Seseorang pengarah yang membuat pengisytiharan di bawah seksyen ini tanpa mempunyai alasan yang munasabah bagi pendapat bahawa syarikat boleh membayar hutangnya dengan sepenuhnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam pengisytiharan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

518 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(6)

Jika syarikat digulung di bawah suatu ketetapan bagi penggulungan sukarela yang diluluskan dalam tempoh lima minggu selepas pengisytiharan dibuat, tetapi hutangnya tidak dibayar atau diperuntukkan dengan sepenuhnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam pengisytiharan itu, hendaklah dianggap sehingga sebaliknya ditunjukkan bahawa pengarah tidak mempunyai alasan yang munasabah bagi pendapatnya.

(7)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar perenggan 4(c)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules