Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
445. Pelantikan dan pemecatan penyelesai
Feedback & supportDalam sesuatu penggulungan sukarela anggota, syarikat hendaklah melantik seorang penyelesai atau lebih bagi maksud penggulungan hal ehwal syarikat dan pembahagian asetnya dalam mesyuarat agung.
Selepas pelantikan seorang penyelesai, segala kuasa pengarah terhenti, kecuali setakat yang syarikat dalam mesyuarat agung dengan persetujuan penyelesai, atau penyelesai itu membenarkan penerusan segala kuasa pengarah.
Syarikat 519
Syarikat boleh, dalam mesyuarat agung yang diadakan oleh mana-mana penyumbang melalui ketetapan khas yang baginya notis khas diberikan kepada pemiutang dan penyelesai, memecat mana-mana penyelesai tetapi tiada ketetapan sedemikian boleh mempunyai kesan untuk memecat seseorang penyelesai jika
Mahkamah atas permohonan penyelesai itu atau seseorang pemiutang memerintahkan supaya penyelesai itu tidak dipecat.