Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
437. Penyumbang dalam hal kematian anggota
Feedback & support(1)
Jika seseorang penyumbang mati, sama ada sebelum atau selepas penyumbang itu diletakkan dalam senarai penyumbang, wakil dirinya hendaklah bertanggungan mengikut perjalanan pentadbiran untuk menyumbang kepada aset syarikat dalam melepaskan liabiliti penyumbang itu dan wakil diri itu hendaklah menjadi penyumbang dengan sewajarnya.
(2)
Jika wakil diri melakukan keingkaran dalam membayar apa-apa wang yang diarahkan supaya dibayar oleh wakil diri, prosiding boleh diambil bagi mentadbir harta pusaka penyumbang yang mati dan bagi mengarahkan bayaran wang yang kena dibayar itu.
Penyumbang dalam hal kebankrapan anggota